Kuasa angin

Kuasa angin: kapasiti tersedia dunia[1]
Kuasa angin: ramalan kapasiti tersedia dunia[1][2]
Burbo Bank Offshore Wind Farm, di muara Sungai Mersey di barat laut England

Kuasa angin adalah penukaran tenaga angin kepada bentuk tenaga yang berguna, seperti turbin angin bagi menghasilkan eletrik, kincir angin bagi kuasa mekanikal, pam angin bagi mengepam air atau penyaliran, atau berlayar bagi menggerakkan kapal.

Kuasa angin, sebagai pilihan lain kepada bahan api fosil, adalah banyak, boleh diperbaharui, tersebar luas, bersih, dan tidak menghasilkan sebarang gas rumah hjau ketika beroperasi. Ladang angin yang besar mungkin terdiri daripada beberapa ratus turbin angin individu yang bersambung dengan jaringan penghantar kuasa eletrik. Pada penghujung tahun 2010, keupayaan pengeluaran sejagat penjana kuasa angin adalah 197 gigawatt (GW).[3] Penghasilan tenaga sebanyak 430 TWh, yang merupakan sekitar 2.5% penggunaan elektrik seluruh dunia.[3][4] Beberapa negara telah mencapai kadar penembusan kuasa angin yang agak tinggi, seperti 21% pengeluaran eletrik tetap di Denmark,[3] 18% di Portugis,[3] 16% di Sepanyol,[3] 14% di Ireland[5] dan 9% di Jerman pada 2010.[3][6] Sehingga 2011, 83 negara di seluruh dunia menggunakan kuasa angin pada skala perdagangan.[6]

Pembinaan ladang angin tidak diterima secara sejagat kerana dianggap mencacatkan pemandangan, tetapi sebarang kesan alam sekitar kuasa angin pada persekitaran biasanya kurang bermasalah berbanding sumber kuasa yang lain. Angin terputus-putus jarang memberi masalah apabila menggunakan kuasa angin bagi membekalkan sehingga 20% jumlah keseluruhan permintaan eletrik, tetapi apabila kadar meningkat, peningkatan kos, keperluan menaik taraf jaringan, dan keupayaan lebih rendah bagi menambah pengeluaran biasa mungkin berlaku.[7][8][9] Teknik pengurusan kuasa seperti mengeksport dan mengimport tenaga kepada negeri jiran atau mengurangkan penggunaan apabila penghasilan kuasa angin berkurangan, mampu mengurangkan masalah tersebut.

Kemudahan kuasa angin kecil yang digunakan bagi menghasilkan eletrik bagi kawasan terasing dan syarikat utiliti semakin meningkatkan pembelian eletrik lebihan yang dihasilkan oleh turbin angin rumah kecil-kecilan.

  1. ^ a b "GWEC, Global Wind Report Annual Market Update". Gwec.net. Dicapai pada 2011-05-14.
  2. ^ "GWEC, Global Wind Energy Outlook". Gwec.net. Dicapai pada 2011-05-14.
  3. ^ a b c d e f "World Wind Energy Report 2010" (PDF). Laporan. World Wind Energy Association. Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-04. Dicapai pada 8-Ogos-2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ "Wind Power Increase in 2008 Exceeds 10-year Average Growth Rate". Worldwatch.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-05. Dicapai pada 2010-08-29.
  5. ^ "Renewables". eirgrid.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada 22 November 2010.
  6. ^ a b REN21 (2011). "Renewables 2011: Global Status Report" (PDF). m/s. 11. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-09-05. Dicapai pada 2011-09-05.
  7. ^ "Impact of Wind Power Generation in Ireland on the Operation of Conventional Plant and the Economic Implications" (PDF). eirgrid.com. February 2004. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-08-25. Dicapai pada 22 November 2010.
  8. ^ Hannele Holttinen; dll. (September 2006). ""Design and Operation of Power Systems with Large Amounts of Wind Power", IEA Wind Summary Paper" (PDF). Global Wind Power Conference September 18–21, 2006, Adelaide, Australia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-08-25. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  9. ^ Jo Abbess (2009-08-28). "Claverton-Energy.com". Claverton-Energy.com. Dicapai pada 2010-08-29.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne