Lumba dayung

Pasukan-pasukan beregu mendayung perahu masing-masing di Sungai Han, Seoul semasa temasya Sukan Olimpik di sana tahun 1988.

Sukan dayung (rowing, crew di Amerika Syarikat[1]) ialah sukan yang melibatkan penggerakan perahu khusus atas permukaan air menggunakan pendayung direka khas.

Sukan ini boleh dilakukan untuk tujuan rekreasi, bersenam mahupun secara kompetitif sesama pasukan lain dalam perahu seumpamanya[2] (sebagai lumba dayung). Sukan ini sendirinya diterapkan sejak temasya Sukan Olimpik pertama, namun acara sukan tersebut tidak betul-betul dapat dilangsungkan - kerana cuaca tidak mengizinkan[3] - sehingga temasya berikutnya pada 1900 untuk pasukan lelaki dan 1976 untuk pasukan wanita.

  1. ^ "Definition of CREW". www.merriam-webster.com. Dicapai pada 2016-08-10.
  2. ^ "Speed Rower, Competitive Rowing". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2009. Dicapai pada 5 Februari 2009.
  3. ^ "International Olympic Committee – History of rowing at the Olympic games" (PDF). Dicapai pada 6 June 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne