![]() Konsep tahap penerbangan MSL | |
Pengendali | NASA |
---|---|
Kontraktor utama | Boeing Lockheed Martin |
Jenis misi | Perayau |
Tarikh Berlepas | 26 November 2011 15:02:00.211 UTC (10:02 EST)[1][2] |
Kenderaan Pelancar | Atlas V 541 (AV-028) |
Kawasan Pelancaran | Cape Canaveral LC-41[3] |
Tempoh misi | 668 sol Marikh (686 hari Bumi) |
ID COSPAR | 2011-070A |
Laman web | Laman Web MSL |
Jisim | 899 kg (1,982 lb)[4] |
Kuasa | Penjana termoelektrik radioisotop (RTG) |
Pendaratan Marikh | |
Tarikh | 6 Ogos 2012 05:14:39 UTCSCET[5] MSD 49269 15:00:01 LMST (waktu Marikh) MSD 49269 05:50:16 AMT[6] |
Koordinat | Aeolis Palus di Kawah Gale, 4°35′31″S 137°26′25″E / 4.59194°S 137.44028°E (-4.5895, 137.4417) |
Makmal Sains Marikh (bahasa Inggeris: Mars Science Laboratory ; atau singkatannya MSL) adalah misi penerokaan Marikh oleh NASA menggunakan perayau bernama Curiosity.[7][8] MSL dilancarkan pada 26 November 2011, jam 10:02 EST[1][2] dan mendarat di Marikh di Kawah Gale pada 6 Ogos 2012, jam 05:14:39 UTC.[1] Ia membawa alat-alat sains untuk menganalisis tanah dan serbuk daripada batu-batan. Tujuannya menyiasat kebolehan Marikh untuk menyokong kehidupan. Komuniti antarabangsa membekalkan sebahagian alatannya.
Perayau Curiosity adalah lima kali lebih besar, dan memiliki alatan 10 kali lebih berat, daripada Misi Eksplorasi Perayau Spirit dan Opportunity yang membuat pendaratan pada 2004.[9] Perayau MSL dilancarkan oleh roket Atlas V 541.[3] MSL dijangka akan beroperasi untuk satu tahun Marikh (668 hari Marikh atau 686 hari Bumi), ia boleh menjelajah dengan jarak lebih jauh berbanding perayau Marikh lain.
<ref>
tidak sah, nama "NASA-1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza