Malcolm X

Malcolm X
El-Hajj Malik El-Shabazz
Seorang lelaki berumur 38 tahun yang memakai sut dan tali leher sedang tersenyum. Dia memakai cermin mata dan mempunyai mikrofon mengelilingi lehernya
Malcolm X pada Mac 1964
Kelahiran
Malcolm Little

(1925-05-19)19 Mei 1925
Meninggal dunia21 Februari 1965(1965-02-21) (umur 39)
Sebab kematianDibunuh (melalui tembakan berganda)
DikebumikanFerncliff Cemetery
Nama lainEl-Hajj Malik El-Shabazz
OrganisasiNation of Islam, Muslim Mosque, Inc., Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika
Gerakan politikNationalisme kulit hitam,
Pan-Afrikanisme
PasanganBetty Shabazz (m. 1958)
Anak-anakAttallah Shabazz
Qubilah Shabazz
Ilyasah Shabazz
Gamilah Lumumba Shabazz
Malikah Shabazz
Malaak Shabazz
Ibu bapaEarl Little,
Louise Norton Little
Tandatangan
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "influences"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"

Malcolm X (19 Mei 1925 - 21 Februari 1965, juga dikenali sebagai El-Hajj Malik El-Shabazz, Arab: الحاجّ مالك الشباز, rumi: Al-Haj Malik Asy-Syabaz) merupakan seorang aktivis hak asasi manusia Amerika Syarikat. Semasa hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan nasionalisme kulit hitam yang terkemuka di Amerika Syarikat melalui keterlibatan dalam Nation of Islam di mana beliau meraih perhatian tinggi saat memuncaknya gerakan penyetaraan hak sesama warga kulit hitam dan kulit putih di negaranya.

Pendiriannya berubah setelah menghadapi keadaan mengekang dalam pertubuhan tersebut, lagi-lagi dengan pemelukan mazhab Sunah Waljamaahnya tidak lama selepas meninggalkan pertubuhan ini. Beliau masih bergiat dalam aktivisme caranya sendiri seperti pengasasan Muslim Mosque, Inc. dan Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika (Organization of Afro-American Unity) serta berhubung dengan banyak persatuan dan negara sedunia sehingga saat beliau dibunuh tahun 1965. Beliau merupakan tokoh sangat disanjung dalam kalangan warga kulit hitam dan umat Islam Amerika Syarikat atas sumbangan lewat usianya ini.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne