Mandat Perancis untuk Syria dan Lubnan

Mandat Perancis untuk Syria dan Lubnan[a] (1923–1946)[1] adalah satu mandat Liga Bangsa[2] yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama dan pemisahan Empayar Uthmaniyah mengenai Syria dan Lubnan. Sistem mandat sepatutnya berbeza berbanding dengan penjajahan dengan negara yang mentadbir bertindak sebagai pemegang amanah sehingga penduduk negara yang diamanahkan itu mampu berdiri sendiri. Pada ketika itu, mandat tersebut akan ditamatkan dan sebuah negara merdeka akan lahir.[3]

Semasa dua tahun selepas berakhirnya perang pada 1918 – dan mengikut Perjanjian Sykes–Picot yang ditandatangani oleh pihak Britain dan Perancis semasa perang – British mengawal kebanyakan kawasan Mesopotamia Uthmaniyah (Iraq moden) dan bahagian selatan Syria Uthmaniyah (Palestin dan Transjordan), manakala Perancis mengawal bahagian Syria Uthmaniyah yang lain, Lubnan, İskenderun (Hatay) dan kawasan lain di tenggara Turki.[2] Pada awal 1920-an, kawalan British dan Perancis di wilayah-wilayah tersebut menjadi rasmi melalui sistem mandat Liga Bahasa dan pada 29 Septemer 1923, Perancis diberikan mandat Liga Bangsa di Syria, yang termasuk juga wilayah Lubnan pada masa kini dan İskenderun.[4]

Pentadbiran wilayah di bawah Perancis telah dijalankan melalui beberapa pemerintah dan wilayah, termasuklah Persekutuan Syria, Negeri Syria dan Republik Syria, serta beberapa negeri kecil: Negeri Lubnan Besar, Negeri Alawiyah dan Negeri Jabal Duruz. Hatay diilhakkan oleh Turki pada 1939. Mandat Perancis berakhir pada 1943 apabila dua negara merdeka bergabung, Syria dan Lubnan. Angkatan Perancis meninggalkan Syria dan Lubnan sepenuhnya pada 1946.[5]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ League of Nations Official Journal, Vol 3, Ogos 1922, p. 1013
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama auto
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama uca
  5. ^ John Morrison & Adam Woog, Syria, 2nd Edition, Infobase Publishing 2009 p. 37

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne