Marsyal Perancis

Baton moden Marsyal Perancis.
Jata imperial marsyal Empayar Perancis Pertama putera Józef Poniatowski berserta Légion d'honneur, Order of the White Eagle, insignia Virtuti Militari.
Insignia bahu Marsyal Perancis

Marsyal Perancis (Perancis: Maréchal de France, plural Maréchaux de France) ialah satu penghormatan tentera di kontemporari Perancis, bukannya pangkat tentera. Ia telah dianugerahkan kepada jeneral-jeneral yang mencapai kejayaan luar biasa. Ia merupakan salah seorang Pegawai Besar Kerajaan Perancis sewaktu Ancien Régime dan zaman Pemulihan Bourbon dan salah seorang Pembesar Empayar sewaktu zaman Empayar Perancis Pertama (ketika itu gelaran bukan "Marsyal Perancis" tetapi "Marsyal Empayar").

Marshal Perancis memaparkan tujuh bintang. Marshal juga menerima sebuah baton, iaitu silinder biru berserta bintang, asalnya fleur-de-lis sewaktu pemerintahan monarki dan Helang semasa Empayar Perancis Pertama. Ia mempunyai tulisan Latin: Terror belli, decus pacis, yang bermaksud "keganasan perang, perhiasan keamanan".

Enam Marsyal Perancis telahpun dikurniakan pangkat yang lebih tinggi iaitu Marsyal Jeneral Perancis: Biron, Lesdiguières, Turenne, Villars, Saxe, and Soult.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne