Mesir Hulu

Peta Mesir Hulu dan Mesir Hilir

Mesir Hulu atau Mesir Atas adalah segenting tanah sempit yang berada di kedua-dua belah tebing Sungai Nil yang memanjang hingga ke Aswan kini, hingga ke arah Kaherah kini. Bahagian utara Mesir Hulu, antara El-Aiyat dan Asyut kadang-kala dipanggil Mesir Tengah.

Mesir Hulu pernah dikenali sebagai Ta Shemau [1] yang bermaksud "bumi mensiang."[2] Ia terbahagi kepada dua puluh dua daerah yang dipanggil nome.[3] Nome yang pertama adalah Aswan kini dan nome yang kedua puluh dua adalah Atfih kini (Aphroditopolis), hanya terletak di selatan Kaherah.

Bagi kebanyakan sejarah firaun Mesir, Thebes merupakan pusat pemerintahan Mesir Hulu. [4]

Mesir Hulu diwakili simbol Mahkota Putih yang tinggi iaitu Hedjet, dan lambangknya ialah bunga lotus yang mengembang.

  1. ^ Ermann & Grapow, op.cit. Wb 5, 227.4-14
  2. ^ Ermann & Grapow, op.cit. Wb 4, 477.9-11
  3. ^ The Encyclopedia Americana, p.34
  4. ^ Ketika Dinasti Ptolemaik, bandar Ptolemais mengambil alih peranan sebagai ibu kota Mesir Hulu. See: Chauveau, op.cit., p.68

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne