Mumbai

Mumbai (मुंबई)
—  Bandaraya metropolitan  —
Mumbai terletak di pantai barat India, kira-kira satu pertiga perjalanan ke arah hujung selatan. Ia terletak di sebelah barat negeri Maharashtra, yang meliputi sekitar suku kedua pantai barat (dari utara), dan mencapai pedalaman yang lebih kurang dua kali panjang pesisir pantainya.
Mumbai (मुंबई)
Lokasi Mumbai (मुंबई)
di Maharashtra
Koordinat 18°58′30″N 72°49′33″E / 18.97500°N 72.82583°E / 18.97500; 72.82583Koordinat: 18°58′30″N 72°49′33″E / 18.97500°N 72.82583°E / 18.97500; 72.82583
Negara  India
Negeri Maharashtra
Daerah Bandaraya Mumbai
Subbandar Mumbai
Pesuruhjaya Perbandaran Swadhin Kshatriya
Mayor Shraddha Jadhav
Penduduk

Kepadatan
Metro

13,830,884[1] (#1) (2010)

22,922/km2 (59,368/sq mi)
21,900,967[2] (#1) (2010)

Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

Aras tinggi

437.71 km2 (169 sq mi)

14 m (46 kaki)

Kod
Laman web www.mcgm.gov.in

Mumbai (Bahasa Marathi: मुंबई, Mumbaī, IPA: [mʊmbaɪ] ( dengar)), dahulunya dikenali dengan nama rasmi Bombay,[3] merupakan ibu negeri Maharashtra di India, dan juga bandaraya yang paling ramai penduduknya di India, serta bandaraya kedua teramai penduduk di dunia, dengan kira-kira 14 juta orang.[1] Di samping kawasan-kawasan bandar berdekatan, termasuk bandaraya Navi Mumbai dan Thane, Mumbai adalah salah sebuah kawasan bandar terbesar di dunia.[4] Mumbai yang terletak di pantai barat India mempunyai pelabuhan semula jadi yang dalam. Pada 2009, Mumbai meraih gelaran bandaraya dunia alfa.[5] Mumbai juga bandaraya terkaya di India,[6] dan menikmati KDNK tertinggi di kalangan semua bandaraya di Asia Selatan dan Tengah.

Tujuh buah pulau yang membentuk Mumbai dahulunya adalah tempat tinggal masyarakat koloni nelayan. Selama ratusan tahun, pulau-pulau tersebut dikuasai oleh empayar tempatan yang bersilih ganti sebelum diserahkan kepada Portugis, dan selepas itu Syarikat Hindia Timur British. Pada pertengahan abad ke-18, Mumbai dibentuk semula oleh pihak British dengan projek kejuruteraan awam besar-besaran,[7] sehingga terbit sebagai sebuah bandar perdagangan yang penting. Pembangunan ekonomi dan pendidikan mencirikan kota ini pada abad ke-19. Mumbai menjadi pangkalan yang kuat untuk gerakan kemerdekaan India pada awal abad ke-20. Apabila India merdeka pada tahun 1947, bandaraya tersebut digabungkan dalam Negeri Bombay. Pada 1960, ekoran gerakan Samyukta Maharashtra, negeri baru Maharashtra dicipta dengan Bombay sebagai ibu negeri. Pada tahun 1996, Bombay mendapat nama barunya iaitu Mumbai.[8]

Mumbai merupakan pusat perdagangan dan hiburan India yang menjana 5% KDNK negara ini,[9] serta menjelaskan 25% keluaran perindustrian, 70% perdagangan maritim di India (Mumbai Port Trust & JNPT),[10] dan 70% urusniaga modal ke dalam ekonomi India.[11] Mumbai adalah tempat terletaknya institusi kewangan terpenting di India seperti Bank Rizab India, Bursa Saham Bombay, Bursa Saham Kebangsaan India dan ibu pejabat bagi berbilang syarikat India dan perbadanan multinasional. Mumbai juga menempatkan institut nuklear terunggul di India, seperti BARC, NPCL, IREL, TIFR, AERB, AECI, dan Jabatan Tenaga Atom. Mumbai juga terkenal sebagai pusat perusahaan filem dan televisyen berbahasa Hindi dan Marathi, yang dikenali dengan timangan Bollywood. Peluang perniagaan di Mumbai dan juga potensi menawarkan taraf hidup yang lebih tinggi, menarik ramai penghijrah dari merata India, sehingga menjadikan bandaraya ini berbilang masyarakat dan budaya.

  1. ^ a b "World: largest cities and towns and statistics of their population (2010)". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2010. Dicapai pada 28 April 2009.
  2. ^ "India: metropolitan areas". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2010. Dicapai pada 10 March 2010.
  3. ^ Varian nama rasminya sekarang ialah Mumbai. Namun, ramai yang masih menggunakan nama Bombay, contohnya dalam buku Murzban Shroff Breathless in Bombay (2008) dan semua yang kena-mengena dengan Bollywood.
  4. ^ "Population of urban agglomerations with 750,000 inhabitants or more in 2007 (thousands) 1950–2025 (India)". Department of Economic and Social Affairs (United Nations). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-31. Dicapai pada 9 June 2009.
  5. ^ "GAWC World Cities Ranking List". Diserio.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-22. Dicapai pada 5 May 2010.
  6. ^ "India needs cities network for easy rural-urban shift – Economy and Politics". livemint.com. 3 Ogos 2009. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  7. ^ Dwivedi & Mehrotra 2001, halaman 28
  8. ^ "Bombay: History of a City". British Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-13. Dicapai pada 8 November 2008.
  9. ^ "Mumbai Urban Infrastructure Project". Mumbai Metropolitan Region Development Authority (MMRDA). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada 18 July 2008.
  10. ^ "10 worst oil spills that cost trillions in losses : Rediff.com Business". Business.rediff.com. Dicapai pada 16 Ogos 2010.
  11. ^ "Navi Mumbai International Airport". City and Industrial Development Corporation (CIDCO). Diarkibkan daripada yang asal (JPG) pada 9 July 2012. Dicapai pada 18 July 2008.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne