Organisma

Hidupan di Bumi
Julat zaman: Arkean atau lebih awal– Kini
Sel Escherichia coli ini merupakan contoh mikroorganisma prokaryot
Pengelasan saintifik
(tanpa pangkat):
Hidupan di Bumi (Gaeabionta)
Domain dan Alam
Cendawan polipor mempunyai hubungan parasit dengan perumahnya
Kulat mikoriza erikoid

Dalam biologi, organisma (juga dieja organisme) ialah sistem hidupan berdampingan (seperti binatang, kulat, mikroorganisma, atau tumbuhan). Semua organisma berupaya bertindak balas dengan rangsangan, membiak, bertumbuh dan berkembang, dan pengekalan homeostasis. Setiap organisma berbentuk sama ada unisel (satu sel) ataupun multisel (berbilang sel), iaitu terdiri daripada lebih daripada satu (sehingga bertrilion-trilion) sel yang terkumpul kepada tisu-tisu dan organ-organ yang khusus.

Pengelasan saintifik dalam biologi menganggap organisma sebagai bersinonim dengan hidupan di Bumi. Berasaskan jenis sel, organisma boleh dibahagikan kepada kelompok prokariot dan eukariot. Prokariot mewakili dua domain yang berasingan, iaitu Bacteria dan Archaea. Organisma-organisma eukariot dengan nukleus sel yang dilitupi membran, juga mengandungi organel, iaitu mitokondria dan (bagi tumbuhan) plastid, yang umumnya dipercayai berpunca dari bakteria endosimbiotik.[1] Kulat, haiwan dan tumbuhan merupakan eukariot.

  1. ^ T.Cavalier-Smith (1987) The origin of eukaryote and archaebacterial cells, Annals of the New York Academy of Sciences 503, 17–54

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne