Panama Papers

Negara-negara dengan ahli politik, pegawai awam mahupun rakan sekutu yang dibabitkan berdasarkan kebocoran dokumen ini pada 15 April 2016 (setakat 19 Mei 2016)

Panama Papers[1] ("Dokumen-Dokumen Panama") terdiri daripada 11.5 juta dokumen tertiris yang memperincikan maklumat-maklumat kewangan dan guaman lebih daripada 214,488 badan luar pesisir.[2][3] Dokumen-dokumen ini - di mana sebahagian daripadanya muncul seawal tahun 1970-an - dihasilkan, dan kemudiannya diperolehi daripada sebuah firma perundangan dan pembekal perkhidmatan korporat Panama bernama Mossack Fonseca.[4] Pembocoran dokumen berlaku pada tahun 2015 oleh seorang pemberi maklumat awanama.

Dokumen-dokumen ini mengandungi maklumat kewangan peribadi mengenai individu dan pegawai kerajaan kaya yang sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan am.[5] Meskipun badan perniagaan luar pesisir adalah sah di sisi undang-undang, para wartawan mendapati sebahagian daripada perbadanan cangkerang (shell corporation) milik Mossack Fonseca telah digunakan untuk tujuan haram termasuk penipuan, pengelakan cukai dan mengelak sekatan antarabangsa.[6]

Dokumen-dokumen ini dibocorkan seorang pemberi maklumat awanama kepada wartawan akhbar Jerman Süddeutsche Zeitung (SZ) bernama Bestian Obermayer.[7][8] "Saya hidup dalam bahaya", dia berkata pada mereka.[9] Dalam suatu kenyataan yang diberikan pada 6 Mei, pembocor dinamakan John Doe memberi sebab ketaksamaan pendapatan sebagai alasan dia bertindak demikian, dan berkata dia bocor dokumen-dokumen "hanya kerana saya begitu memahami kandungan dokumen sehingga menyedari sejauh mana ketidakadilan mereka yang digambarkan". Dia berkata bahawa dia tidak pernah bekerja untuk mana-mana pemerintah atau agensi perisikan dan menyatakan kesediaan untuk membantu pendakwa jika diberikan imuniti dari penuntutan. Selepas akhbar SZ mengesahkan kenyataan itu datangnya daripada sumber dokumen Panama ini, Konsortium Wartawan Penyelidik Antarabangsa (ICIJ) menerbitkan dokumen-dokumen ini secara penuhnya dalam laman sesawang mereka.[10][11]

  1. ^ "Panama Papers: ICIJ Leaks". The Reporter Times. 4 April 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  2. ^ "Giant leak of offshore financial records exposes global array of crime and corruption". OCCRP. The International Consortium of Investigative Journalists. 3 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April2016. Check date values in: |archivedate= (bantuan)
  3. ^ Schmidt, Michael S.; Myers, Steven Lee (April 3, 2016). "Panama Law Firm's Leaked Files Detail Offshore Accounts Tied to World Leaders". The New York Times. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 29, 2017. Dicapai pada Mac 25, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Vasilyeva, Natalya; Anderson, Mae (April 3, 2016). "News Group Claims Huge Trove of Data on Offshore Accounts". The New York Times. Associated Press. Dicapai pada 4 April 2016.
  5. ^ International Consortium of Investigative journalists (April 3, 2016). "A new ICIJ investigation exposes a rogue offshore industry". Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 13, 2016. Dicapai pada Mei 12, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Giant Leak of Offshore Financial Records Exposes Global Array of Crime and Corruption". The Panama Papers. The International Consortium of Investigative Journalists – ICIJ. April 3, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 11, 2016. Dicapai pada Mei 8, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Clark, Nicola (2016-04-05). "How a Cryptic Message, 'Interested in Data?,' Led to the Panama Papers". The New York Times. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2016. Dicapai pada 2016-08-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)
  8. ^ "How two German newspaper reporters broke the story behind the Panama Papers" (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada August 9, 2016. Dicapai pada 2016-08-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Juliette Garside (16 April 2016). "Panama Papers: inside the Guardian's investigation into offshore secrets". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2016. Dicapai pada May 6, 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Panama Papers: Source breaks silence on Mossack Fonseca leaks". 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2016. Dicapai pada 6 May 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "Panama Papers Source Offers Documents To Governments, Hints At More To Come". ICIJ. May 6, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2016. Dicapai pada May 8, 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne