Partai Kebangkitan Bangsa

Partai Kebangkitan Bangsa
PKB
SingkatanPKB
Setiausaha agungHanif Dhakiri
Ketua UmumMuhaimin Iskandar
Ketua Fraksi DPRIda Fauziyah
Ditubuhkan23 Julai 1998 (1998-07-23)
Ibu pejabatJalan Raden Saleh 1 No. 9, Menteng
Jakarta Pusat
Sayap WanitaPerempuan Bangsa PKB
Sayap MahasiswaGerakan Mahasiswa Satu Bangsa (GEMASABA)
KeanggotaanWarganegara Indonesia, Muslim, Bukan-Muslim
IdeologiPancasila
Pluralisme
Ahli Sunah Waljamaah
Penggabungan kebangsaanKoalisi Indonesia Hebat (Pemilu 2014)
Koalisi Indonesia Kerja (Pemilu 2019)
WarnaHijau
    
DPR
58 / 575
Laman sesawang
pkb.id
Politik Indonesia
Parti politik
Pilihan raya

Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) ialah sebuah parti politik Indonesia yang ditubuhkan oleh Abdurrahman Wahid pada tahun 1999, selepas kejatuhan pemerintahan Suharto. Parti ini yang merupakan parti politik ketiga terbesar di Indonesia menyertai pilihan raya umum buat pertama kali pada tahun 1999, dan meluncurkan Abdurrahman ke jawatan Presiden Indonesia dari Oktober 1999 sehingga Julai 2001. Pada tahun 2004, PKB memperoleh 10.6% (11,989,564) daripada undi-undi dalam pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat.

Asas sokongan parti PKB adalah paling kuat di kawasan luar bandar Jawa, dan diperoleh daripada bahagian pilihan raya yang dahulu menyokong Nahdlatul Ulama, sebuah pertubuhan Islam yang konservatif. Bagaimanapun, PKB amat berbeza daripada Nahdlatul Ulama dari segi wawasan. Walaupun PKB mendukung peranan Islam dalam kerajaan, parti ini tidak menyokong gagasan untuk menubuhkan sebuah republik Islam.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne