Pasukan bola sepak kebangsaan Itali

 Itali
Shirt badge/Association crest
GelaranGli Azzurri
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Itali
Federazione Italiana Giuoco Calcio (FIGC)
KonfederasiUEFA (Eropah)
Ketua jurulatihLuciano Spalletti
KaptenGianluigi Donnarumma
Kaps terbanyakGianluigi Buffon (154)
Penjaring terbanyakLuigi Riva (35)
Kod FIFAITA
Kedudukan FIFA 10 1 (20 Jun 2024)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA1 (November 1993, Februari 2007, April-Jun 2007, September 2007)
Kedudukan terendah FIFA16 (April 1998, Oktober 2010)
Kedudukan Elo 12 3 (21 Jun 2024)[2]
Kedudukan tertinggi Elo1 (Jun 1934 – Mac 1940, Disember 1940 – November 1945, Julai–Ogos 2006)
Kedudukan terendah Elo21 (November 1959)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Itali 6–2 Perancis Bendera Perancis
(Milan, Itali; 15 Mei 1910)
Kemenangan terbesar
 Itali 9–0 Amerika Syarikat Bendera Amerika Syarikat
(Brentford, England; 2 Ogos 1948)
Kekalahan terbesar
 Hungary 7–1 Itali Bendera Itali
(Budapest, Hungary; 6 April 1924)
Piala Dunia
Kemunculan18 (Kali pertama pada 1934)
Keputusan terbaikJuara (1934, 1938, 1982, 2006)
Kejohanan Eropah
Kemunculan11 (Kali pertama pada 1968)
Keputusan terbaikJuara (1968, 2020)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan2 (Kali pertama pada 2009)
Keputusan terbaikTempat Ketiga (2013)

Pasukan bola sepak kebangsaan Itali (Itali: Nazionale di calcio dell’Italia) adalah sebuah pasukan yang mewakili Itali dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), sebuah badan pentadbir untuk bola sepak di Itali. Itali merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan kedua yang paling berjaya di dunia, iaitu berkedudukan di belakang Brazil. Mereka telah melakar sejarah apabila telah menjadi juara untuk pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali (1934, 1938, 1982, 2006) Selain daripada itu, mereka juga telah menjadi juara Kejohanan Eropah (1968 & 2020), memenangi pingat emas di pertandingan Kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah.

Warna tradisi bagi pasukan ini (juga bagi semua pasukan kebangsaan Itali dan atlet yang secara rasminya mewakili Itali) adalah biru azure[3] (azzurro, dalam bahasa Itali), berikutan "Azzurro Savoia" (Biru Savoy). Warna tersebut secara tradisinya berkait dengan dinasti diraja yang menyatukan Itali pada tahun 1861 dan kekal dalam standard rasminya melalui Presiden Itali.

Pasukan ini tidak mempunyai "stadium tuan rumah" yang tetap seperti pasukan kebangsaan yang tertentu. Tempat latihan utama terletak di ibu pejabat FIGC di Coverciano, Florence. Pasukan ini memainkan perlawanan tempatan mereka di pelbagai stadium di seluruh Itali.

  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  2. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  3. ^ Biru azure merupakan warna bagi dewan diraja Kerajaan Itali. Dalam dua perlawanan pertama, pasukan kebangsaan Itali memakai baju putih bersama seluar pendek untuk kelab yang terdiri daripada setiap pemain; baju azure telah diperkenalkan pada perlawanan yang ketiga.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne