Perikatan Demokratik Singapura

Perikatan Demokratik Singapura
Nama InggerisSingapore Democratic Alliance
Nama Mandarin新加坡民主联盟
Xīnjiāpō Mínzhǔ Liánméng
Nama Tamilசிங்கப்பூர் ஜனநாயகக் கூட்டணி
PengerusiDesmond Lim Bak Chuan
PengasasChiam See Tong
Ditubuhkan3 Julai 2001 (2001-07-03)
Ibu pejabat218F Changi Road, PMKS Building, Singapura
IdeologiDemokrasi liberal
Kedudukan politikKiri tengah
Parlimen
0 / 104
Simbol pilihan raya
Bintang & Empat Gelung
Laman sesawang
http://mysda.news/
Politik Singapura
Parti politik
Pilihan raya

Perikatan Demokratik Singapura (Akronim: SDA; bahasa Inggeris: Singapore Democratic Alliance; Cina ringkas: 新加坡民主联盟pinyin: Xīnjiāpō Mínzhǔ Liánméng; Tamil: சிங்கப்பூர் ஜனநாயகக் கூட்டணி, rumi: Ciṅkappūr Jaṉanāyakak Kūṭṭaṇi) ialah sebuah pakatan parti-parti politik di Singapura. SDA ditubuhkan tidak lama sebelum pilihan raya umum Singapura 2001 untuk menyediakan satu kumpulan yang sama di bawah mana parti-parti pembangkang yang berlainan boleh berdiri sebagai barisan hadapan yang bersatu dalam pilihan raya menentang Parti Tindakan Rakyat (PAP). Pengerusi pengasas SDA terdiri daripada pemimpin Parti Rakyat Singapura dan bekas Ahli Parlimen (MP) untuk Potong Pasir, Chiam See Tong.

SDA terdiri daripada pakatan empat parti politik: Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Perpaduan Nasional (NSP), Parti Keadilan Singapura (SJP), dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS).

Pada tahun 2007, NSP menarik diri daripada SDA. Pada bulan Februari 2011, Majlis SDA mengundi untuk melepaskan Chiam dari peranannya sebagai Pengerusi. Berikut kejadian itu, Chiam mengumumkan bahawa SPP akan menarik diri dari SDA.

Kini SDA terdiri daripada SJP dan PKMS.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne