Persidangan CEO Global Forbes 2011


Persidangan CEO Global Forbes 2011 diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, Malaysia pada 12-14 September 2011 . Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir sama.

Persidangan ini dianggap terbesar di dunia kerana melibatkan kekayaan individu bernilai AS$120 bilion (RM360 bilion).

Persidangan anjuran Forbes dan kerajaan Malaysia ini bertujuan membina rangkaian perhubungan antara individu terkaya dunia serta membincangkan keadaan semasa ekonomi dunia. 80 % dari 55 orang peserta ini tidak pernah melabur di Malaysia dan ini merupakan peluang untuk menarik mereka melabur.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne