Perumahan awam di Brunei

Perumahan awam di Brunei merangkumi program pembangunan kerajaan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Brunei untuk memiliki tanah atau rumah sendiri.[1][2] Ianya ditadbir oleh Jabatan Kemajuan Perumahan, sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan. Terdapat tiga jenis program perumahan awam di Brunei, iaitu Rancangan Perumahan Negara (RPN), Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) dan Rancangan Perpindahan Negara.

  1. ^ "Jabatan Kemajuan Perumahan - Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  2. ^ Bandial, Quratul-Ain (17 Mac 2016). "National housing scheme is only for Bruneians". btarchive.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne