Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa

Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Financial Reporting Standards, IFRS) ialah Piawaian,[1] Tafsiran dan Kerangka untuk penyediaan dan pembentangan laporan kewangan[2] (sekiranya ketiadaan Piawaian atau Tafsiran) yang diterima oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Board, IASB).

Kebanyakan piawaian yang membentuk IFRS ini pernah dikenali sebagai Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards, IAS). IAS ini dikeluarkan dari tahun 1973 hingga 2001 oleh Lembaga Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee, IASC). Pada 1 April 2001, IASB yang baru ditubuhkan mengambil alih tugas menetapkan IAS yang dipikul IASC. Dalam mesyuarat sulungnya, Lembaga yang baru ini menerima IAS dan SIC (Jawatankuasa Tafsiran Sah, Standing Interpretations Committee) yang sedia ada, lalu terus memajukan piawaian perakaunan dengan nama barunya IFRS.

  1. ^ [1]Teks penuh Piawaian
  2. ^ [2] Teks penuh Kerangka

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne