Qutbisme

Qutbisme atau Qutbism (Arabic: ٱلْقُطْبِيَّةِ, bahasa arab: al-Quṭbīyah) ialah eksonim yang merujuk kepada kepercayaan dan ideologi Sayyid Qutb,[1] Beliau merupakan pembawa kepada pembaharuan islam bagi Ikhwan Muslimin yang telah dihukum bunuh oleh kerajaan Mesir pada tahun 1966[2].Terpengaruh dengan ajaran dan kepercayaan islam yang terdahulu seperti Hasan al-Banna dan Maududi, Qutbisme menganjurkan jihad bersenjata untuk menubuhkan kerajaan islam, dalam tambahan untuk mempromosikan serangan jihad. Risalah Sayyid Qutb sangat mempengaruhi banyak gerakan jihad diserata dunia.[1][3][4] Qutbisme telah mendapat keutamaan disebabkan pengaruhnya pada tokoh jihad yang terkenal pada masa kini seperti Abdullah Yusuf Azzam, Osama bin Laden, Ayman al-Zawahiri, Saif al-Adel dan lain-lain lagi.[3][4][5][6] Ideanya juga telah diadaptasikan oleh pertubuhan Negara Islam jihad-Salafi.[7] Ianya juga memberi inspirasi kepada Ruhollah Khomeini untuk membina ideologi Qutbisme dalam versi Shiahnya iaitu Khomeinisme.

Kesasteraan Qutbisme telah menjadi sumber pengaruh terbesar bagi kebanyakan pertubuhan jihad yang telah muncul semenjak tahun 1970-an lagi. Ini termasuk Jihad Islam Mesir, Jama'ah al-Islamiyya, al-Takfir wal Hijra, Kumpulan Bersenjata Algeria (GIA), Kumpulan Pejuang Islam Libya (LIFG), Al-Qaeda, Baris Al-Nusra , Negara Islam, dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan pertubuhan ini telah berusaha untuk melaksanakan strategi mereka dengan melancarkan Jihad secara bersenjata.[9][10][11]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne