Revolusi Mesir 2011

Revolusi Mesir 2011
Perarakan demonstrasi pada 25 Januari
Lokasi Mesir
Tarikhmasih berterusan sejak 25 Januari 2011
Cir-ciriRevolusi, tunjuk perasaan, rusuhan, keingkaran awam, bakar diri
Kematian9 (Barangkali berdozen-dozen di Suez, lihat di bawah)[1][2][3]
KecederaanSekurang-kurangnya 850 pembantah cedera[4]
TangkapanMelebihi 1,000 orang[5]

Revolusi Mesir 2011 atau Revolusi Belia (juga dipanggil Revolusi 25 Januari),[6] ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keadaan hidup susah.[7] Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.[8]

Bantahan-bantahan memang sudah sering berlaku di Mesir, namun bantahan kali ini merupakan yang terbesar semenjak 1977,[9] sehingga Kaherah diperihalkan sebagai "sebuah zon perang"[10] oleh seorang wartawan dari akhbar The Guardian. Bantahan ini, buat pertama kalinya disertai oleh sekalian khayalak penduduk tidak mengira latar sosio-ekonomi mereka.[9][11]

Apabila tahap publisiti meningkat, kerajaan Mesir telah meningkat usaha menghadkan capaian Internet. Mulai Jumaat 28 Januari, perhubungan Internet dan perkhidmatan telefon bimbit termasuk SMS telah terhenti.[12][13]

Mubarak membubarkan kerajaannya lalu melantik tokoh tentera dan bekas ketua Jabatan Perisikan Am Mesir, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden untuk cuba mematahkan bantahan. Mubarak meminta menteri penerbangan dan bekas ketua Tentera Udara Mesir, Ahmed Shafik untuk membentuk kerajaan barunya. Penentangan terhadap rejim Mubarak bertaut pada Mohamed ElBaradei, apabila semua kumpulan pembangkang utama menyokong peranannya sebagai perunding untuk membentuk suatu kerajaan peralihan yang bersatu.[14] Ramai warga luar negara hendak keluar dari negara ini, apabila rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan terbesar.[15] Sebagai tanda tunduk kepada tekanan rakyat, Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada bulan September.[16]

Pada 10 Februari, President Mubarak mengumumkan bahawa beliau "menugaskan kuasanya" kepada Naib Presiden Omar Suleiman. Duta Mesir ke Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ini menjadikan Suleiman sebagai Presiden Mesir de facto, tetapi Mubarak kekal sebagai Presiden de jure.[17][18]

Pada 11 Februari, Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan bahawa Mubarak meletak jawatan sebagai presiden sambil menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.[19] Dua hari kemudian, kerajaan tentera pimpinan Mohamed Hussein Tantawi mengumumkan bahawa perlembagaan negara digantung, kedua-dua dewan parlimen dibubarkan, dan tentera memerintah selama enam bulan sehingga pilihan raya boleh diadakan. Jemaah menteri sebelum ini, termasuk Perdana Menteri Ahmed Shafik, menyambung tugas sebagai kerajaan sementara sehingga terbentuknya kerajaan baru.[20]

Shafik meletak jawatan pada 3 Mac 2011, sehari sebelum bantahan besar-besaran untuk memaksanya berundur dirancangkan; beliau diganti oleh Essam Sharaf, bekas menteri pengangkutan.[21]

  1. ^ Tencer, Daniel (2011-01-14). "Reports of 'massacre' in Suez as protests in Egypt move into third day". Raw Story. Dicapai pada 2011-01-28.
  2. ^ "Egypt protests live blog". The Guardian. 26 Januari 2011. Dicapai pada 26 Januari 2011.
  3. ^ "Egypt protests claims two more lives". CBC News. 26 Januari 2011. Dicapai pada 26 Januari 2011.
  4. ^ "UNREST IN EGYPT". Reuters. 28 Januari 2011. Dicapai pada 28 Januari 2011.
  5. ^ Ahmed Zaki Osman (2011-01-26). "At least 1000 arrested during ongoing 'Anger' demonstrations". Almasry Alyoum. Dicapai pada 2011-01-26.
  6. ^ {{{1}}} "Elbaradei: I will join the Youth Revolution on Friday". 27 Januari 2011. Dicapai pada 27 Januari 2011.
  7. ^ Jailan Zayan (2011-01-25). "AFP – Egypt braces for nationwide protests". AFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-04. Dicapai pada 2011-01-25.
  8. ^ "AFP – ElBaradei: Egyptians should copy Tunisian revolt". AFP. 2011-01-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-23. Dicapai pada 2011-01-25.
  9. ^ a b Kareem Fahim and Mona El-Nagaar (Januari 25, 2011). "Violent Clashes Mark Protests Against Mubarak's Rule". The New York Times.
  10. ^ "Protests in Egypt and unrest in Middle East – as it happened". Guardian newspaper. 25 Januari 2011. Dicapai pada 26 Januari 2011.
  11. ^ "Egyptian Youths Drive the Revolt Against Mubarak". New York Times. 27 Januari 2011. Dicapai pada 27 Januari 2011.
  12. ^ El Amrani, Issandr (2011-01-28). "URGENT: Egypt has shut off the internet". Arabist. Dicapai pada 2011-01-18.
  13. ^ By the CNN Wire Staff. "Violent clashes erupt during protests in Egypt". CNN.com. Dicapai pada 2011-01-28.
  14. ^ Shadid, Anthony and David D. Kirpatrick (30 Januari 2011). "Opposition Rallies to ElBaradei as Military Reinforces in Cairo". The New York Times. Dicapai pada 31 Januari 2011.
  15. ^ Blanchard, Ben and Jonathan Standing (1 Februari 2011). "Governments pull citizens out of Egypt ahead of march". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-01. Dicapai pada 1 Februari 2011.
  16. ^ EL DEEB, SARAH and HADEEL AL-SHALCHI (1 Februari 2011). "Egypt crowds unmoved by Mubarak's vow not to run". ABC News (Associated Press Wire). Dicapai pada 1 Februari 2011.
  17. ^ "Egypt unrest: Mubarak's speech leaves nation, world wondering who's in charge – This Just In - CNN.com Blogs". News.blogs.cnn.com. Dicapai pada 2011-02-11.
  18. ^ "Egypt crisis: What role will Omar Suleiman play?". Csmonitor.com. 1936-07-02. Dicapai pada 2011-02-11.
  19. ^ Hosni Mubarak resigns as president Al-Jazeera English. 11 Februari 2011
  20. ^ el-Malawani, Hania. Egypt's military dismantles Mubarak regime AFP 13 Februari 2011
  21. ^ "Egypt's prime minsiter quits, new govt soon-army". Forexyard.com. Dicapai pada 2011-03-05.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne