Saksi Jehovah

Sebahagian daripada siri tentang
Saksi Jehovah
Pejabat Utama Saksi-Saksi Yehuwa
di 1 Kings Dr., Tuxedo Park NY 10987, Warwick,
Amerika Syarikat.
Tentang Saksi Jehovah
Demografi
Struktur organisasi
Badan pentadbir · Suratcara undang-undang
Faithful and Discreet Slave
Sejarah
Gerakan Pelajar Bible
Kumpulan serpihan Saksi Jehovah
Hubungan dengan kerajaan
Kes Mahkamah Agung
Penyeksaan
Amerika Syarikat · Kanada
Jerman Nazi
Kontroversi
Kepercayaan
Kepercayaan dan amalan
Nama Tuhan · Eskatologi
Darah · Pengucilan
Kepustakaan
The Watchtower · Awake!
New World Translation
Tokoh berkait
Pengaruh pembentuk
C.T. Russell · William Miller
N.H. Barbour · Jonas Wendell
Presiden Watchtower
J.F. Rutherford · N.H. Knorr
F.W. Franz · M.G. Henschel
D.A. Adams
Pegawai Watchtower yang terkenal
Hayden C. Covington · A. H. Macmillan
Bekas penganut Saksi Jehovah yang terkenal
Raymond Franz · James Penton
Olin R. Moyle

Saksi Jehovah atau Saksi Yehovah adalah sebuah pertubuhan agama Kristian yang baru, lebih dikenal di dunia Barat sebagai Jehovah's Witnesses. Pertubuhan agama ini cuba mewujudkan pemulihan gerakan Kristian abad pertama yang dilakukan oleh para pengikut Jesus Christ. Adakalanya, kumpulan ini tidak dianggap sebagai pertubuhan agama. Tetapi jika dilihat daripada kegiatan mereka, ia mencerminkan sebuah kelompok agama daripada Kristian. Mahkamah Agung Eropah sendiri dalam banyak kes yang melibatkan anggota Saksi Jehovah memberi keputusan yang menguntungkan bagi hak-hak awam mereka dan mengakui kelompok ini sebagai agama. Prinsip tertinggi kehidupan mereka berdasarkan hukum-hukum dan prinsip-prinsip dari Kitab Suci atau Alkitab.

Pejabat pusat pertubuhan ini terletak di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat. Mereka memiliki tiga daripada tujuh Badan Hukum di Amerika Syarikat untuk mempermudah pekerjaan mencetak dan mengagihkan risalah mereka, iaitu Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania (didirikan pada tahun 1884), Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. (tahun 1956) dan International Bible Students Association (tahun 1914).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne