Salafi

Salafi (Bahasa Arab: سلفي‎), Salafi Jihadi atau Salafi Wahabi ialah pengikut gerakan Islam yang ekstrim yang mendakwa mengambil generasi pendahulu Salaf di zaman awal Islam, sebagai model teladan.[1] Sebahagian Ulama menisbahkan mereka sebagai penerus pemikiran sesat Khawarij. Oleh yang demikian, mereka juga digelar sebagai "Khawarij Moden".

Mereka mengikut ajaran Wahabisme yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab di Najd, bahagian Utara Arab Saudi. Gerakan Wahabisme ialah gerakan radikal yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang dipengaruhi oleh fahaman Ibnu Taimiyah yang bertentangan dengan akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Kebanyakkan yang berpegang dengan fahaman Wahabi ini telah melahirkan ekstrimis seperti Al-Qaeda, Boko Haram dan ISIS yang merupakan kumpulan pengganas yang bertentangan dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Mereka yang berpegang dengan pegangan Salafi-Wahabi terkenal dengan budaya menuduh amalan-amalan sunat yang dianjurkan para Ulama berdasarkan Al-Quran dan Hadis sebagai bid'ah. Selain itu, perkara-perkara khilafiyyah akan diperbesarkan dan diperdebatkan sehingga berlaku perpecahan dalam kalangan umat. Mereka juga menentang umat Islam yang berpegang kepada mazhab para Ulama yang mengikut Al-Quran dan Hadis dan menuduh mereka sebagai taksub kepada mazhab. Sebagai contoh, mereka yang berpegang kepada Mazhab Syafie akan membaca Doa Qunut ketika menunaikan Solat Subuh, golongan ini akan dituduh sebagai pengamal bid'ah dan taksub kepada mazhab. Fahaman ini tersebar secara meluas di Perlis namun telah disekat oleh pihak Mufti dan Jabatan Agama di negeri-negeri yang lain menerusi kenyataan rasmi.

Di Malaysia, gerakan Salafi Wahabi mendapat tentangan keras daripada Dato Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor yang pernah terlibat dalam operasi membasmi pengganas yang terlibat dengan fahaman Salafi Wahabi. Fahaman ini telah menyebabkan tertubuhnya kumpulan pengganas di Malaysia seperti ISIS, akan tetapi dengan ketegasan pihak berkuasa di Malaysia, fahaman-fahaman berlandaskan keganasan ini dapat dibendung dan dihapuskan pada peringkat awal.

  1. ^ Ghazali And The Poetics Of Imagination, oleh Ebrahim Moosa ISBN 0-8078-5612-6 – m/s. 21

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne