Senai

Pemandangan Jalan Besar (Lebuhraya Skudai), Senai dari udara.

Senai ialah sebuah mukim di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Nama "Senai" berasal daripada nama pokok Sinai, sejenis pokok tempatan yang banyak hidup biak di kawasan itu pada awal abad ke-20.

Selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai juga merupakan pusat operasi kepada banyak pengilang elektronik multinasional yang utama. Bandar ini terletak di Lebuhraya Skudai yang merupakan sebahagian Laluan Persekutuan 1 yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur.

Bank-bank tempatan termasuk Maybank, Bank CIMB, Syarikat Kewangan Public, Bank RHB, Bank EON, dan Bank Simpanan Nasional. Terdapat banyak kedai runcit yang menjual bekalan keperluan antara lain di sepanjang jalan raya utama. Perkhidmatan-perkhidmatan bas yang melalui Senai termasuk TransitLink, Causeway Link, Maju, dan S&S. Perkhidmatan-perkhidmatan ini berulang-alik antara Senai dan Johor Bahru.

Penduduk-penduduk Senai terdiri terutamanya daripada orang Melayu, Cina, dan Tamil India. Kebanyakan orang Cina di Senai adalah daripada kaum loghat Hakka.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne