Senarai masjid di China

Berikut merupakan senarai masjid di China.

Nota: Apabila menambah masjid baru, sila kemaskinikan templat Templat:Masjid di China. Juga ditunjukkan di bawah.

Masjid pertama di China ialah Masjid Agung Xi'an, atau Masjid Xian, yang dibina sewaktu Wangsa Tang pada abad ke-8 M.

Kebanyakan masjid mempunyai sesetengah aspek yang sepunya dengan sama sendiri tetapi sama seperti di wilayah lain, seni bina Islam Cina mencerminkan seni bina tempatan pada gayanya. China dikenali dengan masjid cantiknya, yang merupai pekong. Bagaimanapun, masjid di barat China menyerupai masjid di Iran dan Asia Tengah, dengan menara kurus tinggi, gerbang lengkung dan bumbung berbentuk kubah, dan juga portal berbagai lapis. Di barat laut China di mana Cina Hui telah membina masjid mereka, ada penggabungan gaya timur dan barat. Masjid-masjid mempunyai bumbung kembang gaya Buddha yang diletak di laman berdinding dimasuki melalui pintu gerbang dan lengkap kubah mini dan menara masjid (lihat Masjid Beytullah).[1]

  1. ^ Saudi Aramco World, Julai/Ogos 1985, m/s 3035

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne