Leo | |
---|---|
Buruj | |
![]() | |
Nama Latin | Leo |
Singkatan | Leo |
Genitif | Leonis |
Sebutan | /leo/, genitif /leonis/ |
Simbolisme | Singa |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
11 | |
Keserongan | +15 |
Sukuan | NQ2 |
Keluarga | Zodiak |
Keluasan | 947 darjah persegi (ke-12) |
Bintang | |
Bintang utama | 9, 15 |
92 | |
Bintang dengan planet | 13 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 5 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 5 |
Bintang paling terang | Regulus (α Leo) (1.35m) |
Bintang terhampir | Wolf 359 (7.78 tc, 2.39 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 5 |
Pancuran meteor | |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −65°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan April. | |
sunting ![]() |
Singa (Sanskrit: सिंह Siṃha), Asad (Arab: أسد ʾAsad), atau Leo (Leo) ialah salah sebuah buruj zodiak, terletak di antara Cancer (Ketam) ke barat dengan Virgo (Perawan) ke timur. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud singa, dan untuk orang Yunani Purba, buruj ini singa Nemea yang dibunuh oleh wira mitos Yunani Herakles (dikenali oleh orang Rom Purba sebagai Herkules) sebagai salah satu daripada dua belas tugasnya. Lambangnya ialah (♌). Sebagai salah sebuah daripada 48 buah buruj yang diperihalkan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, Leo kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden kini, dan salah sebuah buruj yang mudah dikecam kerana banyak bintang cerahnya dan bentuknya yang tersendiri yang merupakan tinggal daripada singa dekam yang digambarkan olehnya. Surai dan bahu singa ini juga membentuk suatu asterisme yang dikenali sebagai "Sabit", yang mungkin menyerupai "tanda tanya" terbalik kepada para pencerap moden.