Solat


Umat muslim tengah solat

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam untuk menyembah Allah, Tuhan yang satu. Solat itu dilakukan dengan merujuk Al Quran dan Sunnah Rasul. Sering dirujuk daripada Rasul terakhir, Nabi Muhammad.

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
Al Quran [surah 22:ayat 26]


Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu dengan nama umum subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne