Sunan al-Tirmizi


Jami' at-Tirmidhi (Arab: جامع الترمذي, Jāmi` at-Tirmidhī), juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi (Arab: سُـنَن الترمذي, Sunan al-Tirmidhī), ialah satu daripada enam kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah. Ia dihimpunkan oleh Abu Isa Muhammad ibn Isa al-Tirmizi.

Sunan At-Tirmizi merupakan kitab ke-5 dalam susunan Kutubus Sittah. Imam At-Tirmizi telah mengumpullkan hadis-hadis selama 20 tahun, akan tetapi hanya 3956 hadis yang dimasukkan dalam sunannya. Sunan At-Tirmizi bukan sahaja mengandungi hadis-hadis sahih, malah ia juga mengandungi hadis-hadis hasan, dhaif, dan gharib dengan menerangkan kelemahannya.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne