T-38 Talon

T-38 Talon
Sebuah T-38A daripada Pangkalan Tentera Udara Edwards
Peranan Latihan lanjut
National origin Amerika Syarikat
Pengeluar Northrop Corporation
Penerbangan sulung 10 April 1959
Pengenalan 17 Mac 1961
Status Operasi
Pengguna utamas Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Laut Amerika Syarikat
NASA
Tentera Udara Turki
Dikeluarkan 1961–1972
Jumlah dibina 1,146
Kos seunit
US$756,000 (1961 dolar konstant)
US$6.173 juta (2016 dolar)
Dibangunkan daripada Northrop N-156
Kelainan Northrop F-5

Northrop T-38 Talon adalah pesawat latihan jet supersonik buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini merupakan pesawat latihan supersonik pertama dan paling banyak dikeluarkan di dunia. Sehingga tahun 2008, pesawat ini masih berkhidmat dengan pasukan tentera udara di seluruh dunia termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mana merupakan pengguna pesawat ini yang terbesar.

Pesawat dianggap memiliki rekod keselamatan yang luar biasa bagi pesawat jet supersonik. Bagaimanapun, pada 11 Mei 2008, penggunaan pesawat T-38 telah digantung oleh Tentera Udara A.S setelah 2 kejadian terhempas yang melibatkan kematian dalam masa 8 hari. Kerangka asas pesawat ini telah digunakan untuk pesawat tempur ringan daripada keluarga F-5 Freedom Fighter. Selain digunakan oleh juruterbang Tentera Udara A.S, pesawat T-38 juga digunakan oleh angkasawan NASA, juruterbang dari negara NATO daripada program latihan bersama, serta beberapa pengguna awam.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne