Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam
Mercu tanda TBNSA
Map
JenisTaman botani negara
LokasiShah Alam, Selangor
Koordinat3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°E / 3.0961469; 101.5110537Koordinat: 3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°E / 3.0961469; 101.5110537
Keluasan817 hektar
Dibangunkan
24 April 1986
Pelawat383,329 (2016)
Laman sesawang
http://www.tbnsa.gov.my/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Panjang jambatan gantung ini lebih kurang 20 meter

Taman Botani Negara Shah Alam (bahasa Inggeris: National Botanic Gardens Shah Alam) adalah sebuah taman botani yang beroperasi dengan MOA. Lokasinya terletak di Seksyen U11, Shah Alam, Selangor, meliputi kawasan seluas 817 hektar dan merupakan taman botani terbesar di dunia. [1]

TBNSA merupakan sebuah pusat pemuliharaan flora dan fauna di Malaysia. Terdapat 422 spesies flora boleh dijumpai di TBNSA, 31 spesies daripadanya adalah endemik di Semenanjung Malaysia manakala 20 spesies lagi tersenarai sebagai spesies terancam.

Selain itu, TBNSA juga merupakan satu lokasi yang sesuai bagi menjalankan program Pendidikan Botanikal. Program ini terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan alam semula jadi. Pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta juga diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal di TBNSA.

  1. ^ "Latar Belakang". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne