Torpedo

Salur Torpedo Kapal (SVTT) Mod 15 Mark-32 menembakkan torpedo ringan Mod 5 Mark-46.
Latihan torpedo di Plymouth.
Bilik torpedo untuk Argonaute, sebuah kapal selam diesel Perancis, pada era Perang Dingin.

Torpedo moden, secara sejarah digelarkan torpedo lokomotif, ialah projektil terdorong diri yang (selepas dilancarkan, baik di atas mahupun di bawah permukaan air) berjalan dalam air dan direka bentuk untuk meledak ketika menyentuh atau berdekatan dengan sesuatu sasaran. Torpedo ialah senjata yang boleh dilancarkan dari kapal selam, kapal, helikopter, pesawat sayap tetap, periuk api tentera laut tak dianggotai, ataupun kubu tentera laut.

Torpedo juga boleh digunakan sebagai sebahagian senjata yang lain; torpedo Mark 46 yang digunakan di Amerika Syarikat merupakan bahagian depan untuk ASROC (bahasa Inggeris: Anti-Submarine ROCket, "Roket Anti Kapal Selam"}}), dan periuk api CAPTOR menggunakan pelantar penderia tenggelam untuk melepaskan torpedo ketika hubungan musuh dikesan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne