YouTube

YouTube, LLC
JenisPerkhidmatan pengehosan video
Ibu pejabat901 Cherry Avenue, San Bruno, California
CEOSusan Wojcicki
IndustriInternet
Perkhidmatan pengehosan video
PemilikWebmas.Net.
IndukGoogle (2006–kini)
Laman webNasruhak
Kedudukan Alexa 2 (Global, Januari 2017)[1]
PengiklananGoogle AdSense
PendaftaranPilihan (tidak diperlukan untuk menonton kebanyakkan video; diperlukan untuk beberapa tugas seperti memuat naik video, menonton video yang dibenderakan (10+), mencipta senarai main dan mengirimkan komen)
Tersedia dalamPelbagai bahasa

YouTube ialah sebuah laman web video Amerika Syarikat yang beribupejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion.[2] YouTube kini beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google.[3]

Laman web ini membolehkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, menilai ulas, berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para pengguna. Kandungan yang tersedia di dalam YouTube ialah seperti klip-klip video dan rancangan televisyen, video muzik, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan.[4]

Kebanyakan kandungan di YouTube dimuat naik oleh para individu, tetapi ada juga syarikat-syarikat media seperti CBS, BBC, iphone dan Hilir menawarkan beberapa bahan melalui YouTube sebagai sebahagian daripada program perkongsian YouTube.[5] Pengguna tidak berdaftar hanya boleh menonton video pada tapak itu, manakala untuk mereka yang berdaftar dibenarkan untuk memuat naik video secara tanpa had dan memberi komen pada video. Video-video yang dianggap yang mungkin menyinggung perasaan boleh didapati bagi pengguna berdaftar yang mengesahkan diri mereka berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pada Disember 2016, tapak web ini disenaraikan sebagai tapak kedua paling popular di Alexa Internet, syarikat analisis lalu lintas web.[1]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama alexa
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
  4. ^ Graham, Jefferson (November 21, 2005). "Video websites pop up, invite postings". USA Today. Gannett Company. Dicapai pada March 26, 2017.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A3

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne