Zaqqum (Arab: زقوم ) adalah sebatang pokok yang dipercayai umat Islam tumbuh di Jahannam (Neraka). Para penghuninya dipaksa memakan Adh-Dhari, buah pahit pokok ini, untuk memperhebat lagi azab mereka. Para Khati'un itu cuma boleh memakan buah tersebut atau Ghislin (air danur) (Surah Al-Haaqqah 69:36-37). Buah-buahnya berbentuk seperti kepala iblis (Surah As-Saaffat 37:62-68). Menurut Shaykh Umar Sulaiman Al-Ashqar, seorang profesor di Universiti Jordan, apabila selera pendosa puas sepenuhnya, buah dalam perut mereka memulas seperti minyak membakar. Sesetengah ulama mempercayai buah ini mengoyakkan badan mereka dan mengeluarkan cecair tubuh. Al-Quran menyebut:
nama zaqqum telah digunakan pada spesis Euphorbia abyssinica oleh suku Beja Sudan timur.[2] Di Jordan, ia digunakan pada spesis Balanites aegyptiaca.[3] Di Turki, zaqqum (zakkum) adalah Nerium oleander.[perlu rujukan]