Air berkarbonat

Segelas air sparkling dengan buih yang terapung ke atas.

Air berkarbonat (Jawi: اءير بركربونت), juga lazim dikenali sebagai air belanda,[1] seltzer, atau air bersoda ialah air yang mengandungi bahan gas karbon dioksida dengan tekanan tinggi. Air jenis ini barangkalinya mempunyai bahan penambah lain seperti natrium klorida, natrium bikarbonat atau bahan-bahan lainnya.

Air belanda hampir selalunya terdiri daripada air dan karbon dioksida tanpa bahan tambahan lain. Pengkarbonatan adalah proses menyebabkan air menjadi berbuih. Kebanyakan air belanda dijual ke dalam balutan botol sedia diminum seperti minuman ringan, tetapi ia juga boleh disediakan di rumah dengan menggunakan alat pembuat soda. Air belanda pertama dicipta oleh Joseph Priestley pada tahun 1767 ketika beliau menemukan kaedah yang menyuntikkan air dengan karbon dioksida selepas menggantung mangkuk air di atas tong bir di tempat pembuatan bir di Leeds, England. Beliau menulis mengenai "rasa kepuasan yang aneh" sewaktu meminum air tersebut, dan beliau kemudiannya menerbitkan sebuah laporan bertajuk Impregnating Water with Fixed Air (Mengisi Air dengan Udara Tetap Karbon Dioksida) pada tahun 1772.[2]

  1. ^ Rachmadita, Amanda (4 Apr 2023). "Menghirup Sirup dan Air Belanda". Historia.
  2. ^ "Our fizzy seas of soda water". The Telegraph. 21 September 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne