Angin

Gerakan angin dilihat dari foto satelit pesisiran California, Amerika Syarikat
Pieter Kluyver (1816–1900)

Angin (Jawi: اڠين) merupakan pergerakan udara dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain, ia boleh diakibatkan oleh perbezaan tekanan udara di persekitaran didorong putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga perbezaan suhu hasil pemanasan tidak sekata serata permukaan bumi[1] lalu zarah-zarah gas dalam udara bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah sejajar hukum fizik.[2]

Angin wujud dalam pelbagai bentuk dan peringkat dengan kelajuan dan tenaga yang ditampung sehinggakan mampu membentuk muka bumi dalam keadaan yang mengizinkan. Kuasa yang dibawa oleh angin ini banyak dimanfaatkan sepanjang zaman tamadun manusia sebagai suatu bekalan untuk menjana kerja baik dari segi mekanikal atau pelayaran sehinggalah kepada teknologi hijau.

  1. ^ Grebner, Donald L.; Bettinger, Pete; Siry, Jacek P., penyunting (2013). Introduction to Forestry and Natural Resources (dalam bahasa Inggeris). San Diego: Academic Press. m/s. 323–358. doi:10.1016/b978-0-12-386901-2.00014-2. ISBN 978-0-12-386901-2.
  2. ^ Arsyad, Sofyan (1983). Ilmu Iklim dan Pengairan. Jakarta: CV. Yasaguna.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne