Augustus

Patung kepala Gaius Octavius atau Augustus (Augustus Bevilacqua) yang dijumpai di Verona tahun 1589.

Augustus Caesar[1] 23 September 63 SM – 19 Ogos 14 SM) dikenali sebagai Gaius Julius Caesar Octavianus (bahasa Inggeris: Octavian) untuk jangka hayatnya sebelum 27 SM merupakan maharaja pertama dan antara yang terpenting dalam sejarah Empayar Rom dan seluruh tamadunnya.

Walaupun beliau telah mengekalkan bentuk luaran Republik Rom, beliau memerintah sebagai autokrat selama lebih 40 tahun dan tempoh pemerintahannya merupakan garis pembahagian antara Republik dan Empayar Rom. Beliau telah menamatkan satu abad perang saudara dan memberikan Rom satu era keamanan, kemakmuran dan kehebatan empayar yang dikenali sebagai Pax Romana ataupun Keamaman Rom. Walau Augustus belum bisa ditandingkan dengan kebesaran Julius Caesar namun namanya sering disandingkan dengan Aleksander Agung, Mao Tse Tung, dan George Washington.

  1. ^ Imperator Caesar, anak kepada yang didewakan, Augustus.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne