Barah

Barah (Jawi: باره Sum., KepRi.[1] juga: kanser Mal., Sin. atau kanker Ind.,[2] istilah perubatan: barah neoplasma) merupakan pengelasan penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar luar kawalan sehingga mampu merebak lalu menceroboh dan memusnahkan tisu biologi dalam badan.[3][4] Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah hanya membiak berbilang dan berada dalam kawasan yang terhad. Sebanyak 100 jenis barah yang telah diamati menjejaskan kesihatan manusia.[4] Kebanyakan barah menyebabkan ketumbuhan, akan tetapi sesetengah barah tidak namun tetap akibatkan penyakit sama tahap jejas seperti leukemia. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat manusia yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara merawat barah, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah tahap awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu, pelewatan mendapatkan rawatan untuk barah sebegini bolehlah dianggap seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan paliatif telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignan. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan sama ada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiagnos, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah sendirinya merupakan punca utama kematian di negara-negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor persekitaran yang boleh dielakkan. Merokok atau mengambil tembakau dalam cara yang lain mendorong kepada lebih banyak barah berbanding faktor persekitaran yang lain.

  1. ^ Lihat:
    • "barah". Kamus Melayu Deli-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 14.
    • "barah". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 37. membarah v membarah; bernanah:
    • "tumor". Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 418. ISBN 979 459 785 6. barah. penyakit ~ - 'penyaket barah'
  2. ^ di Istilah MABBIM: "cancer". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 6 Mac 2021.
  3. ^ "Cancer". World Health Organization. 12 September 2018. Dicapai pada 19 December 2018.
  4. ^ a b "Defining Cancer". National Cancer Institute. 17 September 2007. Dicapai pada 28 March 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne