Bola sepak

Bola sepak
بولا سيڤق
Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelecek melepasi pertahanan (berbaju putih). Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan cuba untuk menghentikan bola itu daripada memasuki gol

Badan induk tertinggiFIFA
Nama samaranBola
Pertama kali dimainkanPertengahan abad ke-19 England
Ciri-ciri
ContactBersentuh
Ahli pasukan11 pada satu masa
Jantina bercampurBerasingan
JenisBerpasukan, bola
PeralatanBola sepak
TempatPadang bola sepak
Kemunculan
Negara atau wilayahSeluruh dunia
Sukan OlimpikYa, sejak 1900
Sukan ParalimpikYa, sejak 1984

Bola sepak (Jawi: بولا سيڤق, juga di beberapa kawasan di Indonesia: sepak bola) ialah sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain yang menggunakan kaki mereka untuk mengawal bola di sekeliling padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput buatan.

Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne