Dubai

Dubai (dalam Arab: دبيّ, Dubayy, sebutan /dʊ'baɪ/ dalam Bahasa Inggeris) merujukkan pada sama ada:

  • salah satu dari tujuh amiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu di bahagian selatan Semenanjung Arab, atau
  • bandar utama amiriah ini, kadang-kadang dipanggil "Bandaraya Dubai" untuk membezakannya dari amiriah tersebut.
Dubai
إمارة دبيّ
Amiriah Dubai
Pencakar langit di Jalan Sheikh Zayed
Pencakar langit di Jalan Sheikh Zayed
Bendera Dubai
Lokasi Dubai di UAE
Lokasi Dubai di UAE
NegaraEmiriah Arab Bersatu
AmiriahDubai
Diperbadankan (bandar)9 Jun 1833
Kemerdekaan dari UK2 Desember 1971
Diasaskan olehMaktoum bin Bati bin Suhail (1833)
PusatDubai
Subbahagian
  • Jebel Ali
  • Hatta
  • Al Hunaiwah
  • Al Aweer
  • Al Hajarain
  • Al Lusayli
  • Al Marqab
  • Al Faq
  • Hail
  • Al Sufari
  • Ud al-Bayda
  • Al Malaiha
  • Al Madam
  • Margham
  • Urqub Juwayza
  • Al Qima
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan[1]
 • AmirMohammed bin Rashid Al Maktoum
 • Putera MahkotaHamdan bin Mohammed Al Maktoum
Keluasan
 • Amiriah4,114 km2 (1,588 batu persegi)
 • Metro
1,287.4 km2 (497.1 batu persegi)
Penduduk
 (2008)[3]
 • Amiriah2,262,000
 • Kepadatan408.18/km2 (1,057.2/batu persegi)
 • Metro
2,262,000
 • Nationality (2005)[4]
27% Arab (18% orang Emirati)
40% orang India
15% orang Pakistan
10% orang Bangladesh
5% orang Sri Lanka
2% orang Asia Timur
2% orang Barat
1% orang Afrika
Zon waktuUTC+4 (Waktu piawai UAE)
Laman sesawang
Amiriah Dubai
Majlis Perbandaran Dubai
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mengandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar. Kebanyakan jualan amiriah adalah dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA)[5] dan, kenaikannya, dari pelancongan.

Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Walau bagaimanapun, ini menarik perhatian, bersesuaian dengan kemunculannya sebagai sebuah hab bisnes dunia, dan juga menonjolkan isu-isu hak kemanusiaan mengenai tenaga kerja pendatang besarnya.

Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang juga Wakil Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Meskipun bentuk pemerintahan Dubai adalah dalam bentuk kerajaan berpelembagaan, namun kerajaan berpelembagaan itu terpaksa tunduk pada undang-undang yang berlaku di sana.

Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2.262.000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. Pada awal 1900-an kebudayaan Dubai telah dipengaruhi dengan kebudayaan Iran. Lalu, mulai 1960-an, adat kebudayaannya telah digantikan dengan kebudayaan India dan Pakistan. Kini kebudayaan asing lain turut ikut mewarnai kehidupan rakyat dan masyarakat Dubai.

Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mendongkrak pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keIslaman dan kontemporari.

Dubai telah banyak sekali membangunkan hotel dan gedung mewah dengan fasiliti kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Apabila diintip beberapa hotel supermewah, seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta Pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan terkaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.

Dubai moden

Semasa 1970-an, Dubai terus berkembang daripada hasil yang dijana daripada minyak dan perdagangan, walaupun bandar itu menyaksikan kemasukan pendatang yang melarikan diri dari perang saudara Lubnan.[6] Pertikaian sempadan antara emirat berterusan walaupun selepas pembentukan UAE; hanya pada tahun 1979 satu kompromi rasmi dicapai yang menamatkan perselisihan faham.[7] Pelabuhan Jebel Ali, pelabuhan laut dalam yang membenarkan kapal-kapal besar untuk berlabuh, telah dibina pada tahun 1979. Pelabuhan ini pada mulanya tidak berjaya, oleh itu Sheikh Mohammed menubuhkan JAFZA (Zon Bebas Jebel Ali) di sekitar pelabuhan tersebut pada tahun 1985 untuk menyediakan syarikat asing dengan import tenaga buruh dan modal eksport tanpa sekatan.[8]

Perang Teluk pada awal tahun 1991 mempunyai kesan kewangan yang negatif ke atas bandar ini, kerana pendeposit mengeluarkan wang mereka dan peniaga menarik balik perdagangan mereka, namun selepas itu, bandar ini pulih dalam suasana politik yang berubah-ubah dan berkembang maju. Kemudian pada tahun 1990-an, kebanyakan komuniti pedagang asing—pertama dari Kuwait ketika Perang Teluk dan kemudian dari Bahrain ketika pergolakan Syiah—memindahkan perniagaan mereka ke Dubai.[9] Dubai menyediakan pangkalan untuk mengisi bahan api kepada tentera bersekutu di Zon Bebas Jebel Ali semasa Perang Teluk dan sekali lagi semasa Serangan ke atas Iraq pada tahun 2003. Peningkatan besar dalam harga minyak selepas Perang Teluk mendorong Dubai untuk terus memberi tumpuan kepada perdagangan bebas dan pelancongan.[10]

Gurun pasir yang mengelilingi bandar ini menyokong pertumbuhan rumput liar dan sedikit pokok kurma. Hiasin padang pasir tumbuh di dataran sabkha di timur bandar, manakala pokok akasia dan ghaf tumbuh di dataran rata dalam kawasan berhampiran pergunungan Al Hajar Barat.

  1. ^ "UAE Constitution". Helplinelaw.com. Dicapai pada 2008-07-21.
  2. ^ Keluasan "Amiriah Dubai", termasuk pulau buatan.
  3. ^ "Dubai: Profile of geographical entity including name variants. World Gazetteer.
  4. ^ "Dubai Metropolitan Statistical Area". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 2009-04-07.
  5. ^ .:: Dubai Trade ::., Dubai Trade
  6. ^ "Beirut Showing Signs of Recovery From Wounds of War". The New York Times. 26 May 1977. pg.2
  7. ^ Dubai. Carter, T and Dunston, L. Lonely Planet Publications
  8. ^ Sampler & Eigner (2008). Sand to Silicon: Going Global. UAE: Motivate. p. 15. ISBN 978-1-86063-254-9.
  9. ^ https://en.wikipedia.orgview_html.php?sq=Facebook&lang=ms&q=Dubai
  10. ^ Sampler & Eigner (2008). Sand to Silicon: Going Global. UAE: Motivate. p. 15. ISBN 978-1-86063-254-9.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne