Eropah

Eropah
ايروڤه
Kawasan10,180,000 km2 (3,930,000 bt2)[n]
Penduduk739,165,030[n] (2011), ke-3)
Ketumpatan penduduk72.5/km2
Negara50
BahasaSenarai bahasa
Zon masaUTC hingga UTC+6
TLD Internet.eu (Kesatuan Eropah)
Bandar terbesarSenarai kawasan metropolitan di Eropah
Peta taburan linguistik Eropah.
Peta Eropah pada 1000.

Eropah (Jawi: إيروڤه; Yunani: Ευρώπη, rumi: Evropi, Latin: Europa) ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.

Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di dunia, iaitu 10,400,000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbanding Australia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh populasi dunia. Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne