GST (Malaysia)

Logo Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan slogan "Membangun dan Maju Bersama".

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, lebih dikenali dengan akronim GST) merupakan cukai nilai tambah yang telah dimansuhkan di Malaysia. Setiap pihak (kecuali pengguna akhir) dalam rantaian bekalan layak menuntut semula kredit cukai input.

GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015 melibatkan pembekalan berkadar standard sebanyak 6%, pembekalan berkadar sifar, pembekalan dikecualikan cukai, dan pelepasan daripada pengenaan dan pembayaran cukai. Penguatkuasaan cukai GST bertujuan untuk mentransformasikan sistem percukaian negara dan merangsang ekonomi negara yang semakin membangun untuk mencapai status negara maju.

Keputusan jemaah menteri pimpinan Najib Razak yang dibuat secara konsensus dan bersepakat mahu melihat rang undang-undang ini dibaca dan dipersetujukan di Parlimen mengundang reaksi berbelah bahagi daripada pelbagai pihak terutamanya ahli parlimen pembangkang.[1][2][3] Cukai GST dilihat tidak digemari ramai dan memberi kesan ketara kepada keputusan PRU14. Kerajaan Malaysia kemudiannya menurunkan kadar GST kepada 0% pada 1 Jun 2018.[4] Kerajaan Malaysia membentangkan rang undang-undang untuk memansuhkan GST untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2018.[5] GST kemudiannya diganti dengan pengembalian semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) mulai 1 September 2018.

  1. ^ "Finance minister: No second reading of GST Bill for now". Malaysian Insider. 14 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2010. Dicapai pada 15 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Pakatan flays government over GST delay". Malaysian Insider. 15 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2010. Dicapai pada 15 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Government defends GST delay, scoffs at PR's victory claims". Malaysian Insider. 15 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2010. Dicapai pada 15 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Malaysia to remove GST for consumers on Jun 1". Channel NewsAsia. Mediacorp. 16 Mei 2018. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  5. ^ "Bill to repeal GST tabled in Parliament for first reading". The Star.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne