Gua Para Patriark atau Gua Machpelah (bahasa Inggeris: Cave of the Patriarchs atau Cave of Machpelah; Ibrani: מערת המכפלה, Me'arat HaMachpela, Trans. "Gua untuk Dua Makam"; Arab: المغارة Al Magharah, "Gua") adalah serangkaian gua bawah tanah yang terletak di dalam sebuah kompleks yang disebut oleh Muslim sebagai Makam Nabi Ibrahim atau Masjid Ibrahim (Arab: الحرم الإبراهيمي , Al-Haram Al-Ibrahimi (bantuan·maklumat)). Nama ini juga merujuk kepada tata letak ruangan pemakaman, atau alternatif merujuk kepada pasangan alkitabiah, iaitu: Gua Makam Pasangan.
Gua ini juga adalahh merupakan kompenan keagamaan Yahudi yang terletak di dalam bandar lama Hebron (yakni terletak dibahagian barat daya Tebing Barat, di tengah-tengah Judea purba), dan umumnya dianggap oleh umat Yahudi, Kristian dan Muslim sebagai pusat kerohanian. Dalam tradisi Yahudi, Kristian dan Islam, kawasan berkenaan dianggap sangat sinonim sebagai kawasan pemakaman untuk empat (4) pasangan biblikal iaitu: Nabi Adam a.s. & Hawa; Nabi Ibrahim a.s. & Siti Sarah; Nabi Ishak a.s. & Rabeekah; Nabi Yaakub a.s. & Leah. Berdasarkan kepada sumber Midrash, kawasan ini juga terdapatnya makam Ishu saudara kepada Nabi Yaakub a.s..[1] dan berdasarkan beberapa sumber Islam, gua suci ini turut menyimpan jasad Nabi Yusuf a.s.. Manakala menurut Injil Kristian, Yusuf telah dikebumikan di Shechem (sekarang merupakan bandar Palestin yang digelar Nablus), namun menurut segelintir tradisi Yahudi aggadic memberi idea bahawa Yusuf dikebumikan di Hebron, dan sesetengah pendapat ahli sejarawan Islam bersetuju dengan perkara tersebut.[2] Kitab Apokrifal Yahudi atau kitab Perjanjian Dua Belas Patriak, juga menyatakan tempat ini (gua ini) merupakan makam bagi Nabi Yaakub a.s. dan 12 orang anak lelakinya.[3]