Haji

Haji (Arab/Jawi: حج Ḥajj "ziarah") adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam,[1] kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.[2] Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.[3]

Ziarah ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.[4]

  1. ^ Soal jawab mengenai Rukun Islam Capaian 28 September 2009
  2. ^ Berkley Center for Religion, Peace, and World Affairs - Islam Diarkibkan 2011-10-02 di Wayback Machine See drop-down essay on "Islamic Practices"
  3. ^ Dalia Salah-El-Deen, Significance of Pilgrimage (Hajj) Diarkibkan 2009-06-06 di Wayback Machine
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Islam Wiki 1

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne