Hari Akhirat

Eskatologi Islam
Portal Islam

Hari Akhirat (Arab: اليوم الآخرة; Jawi: هاري اخيرة) merupakan hari manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup dalam agama Islam. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.

Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Ibrahim atau agama samawi iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Pernyataan mengenai peristiwa hari akhirat sering diulang dalam beberapa ayat dalam al-Quran sebanyak 115 kali,[1] yang menceritakan tentang Yawm al-Qiyâmah dan akhirat juga merupakan bahagian penting dalam eskatologi Islam.

Menurut kepercayaan Islam, Allah akan memainkan peranan sebagai qadi, menimbang perbuatan setiap individu. Dia akan memutuskan sama ada di Akhirat orang itu berada di Jahannam (Neraka) atau Jannah (Syurga) berdasarkan berat sama ada perbuatan baik atau buruk jika dibandingkan antara satu sama lain. Penghakiman tidak bergantung pada jumlah perbuatan, perbuatan dinilai berdasarkan niat di belakangnya.

Syurga dan Neraka kedua-duanya mempunyai pelbagai peringkat. Penempatan seseorang mungkin bergantung pada sejauh mana perbuatan baiknya.

  1. ^ "Kata âkhirah (آخِرَة) disebut 115 kali di dalam al-Quran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-26. Dicapai pada 2020-12-28.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne