Hospital

Hospital Sultan Aminah di Johor, Malaysia.
Ahli perubatan melawat pesakit di dalam sebuah hospital. Ukiran Jerman pada tahun 1682.

Hospital (Jawi: هوسڤيتل)[1] atau rumah sakit (Jawi: رومه ساكيت‎)[2] ialah tempat pesakit menerima rawatan memulihkan kesihatan diri daripada doktor, pembantu perubatan, jururawat, bidan atau petugas sebidang yang lain. Tempat ini ini lebih besar daripada poliklinik, klinik mahupun klinik desa. Hospital-hospital ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada orang umum tanpa mengira penyakit atau darjat. Pesakit hanya diasingkan mengikut jantina - jururawat wanita merawat pesakit wanita, jururawat lelaki merawat pesakit lelaki.

  1. ^ "hospital". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ "rumah sakit". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne