ISO 639-3

ISO 639[1]-3:2007, Kod perlambangan nama bahasa — Bahagian 3: Kod Alfa-3 untuk liputan tuntas bahasa, ialah piawai antarabangsa untuk kod bahasa dalam siri ISO 639. Ia memerikan kod tiga huruf bagi mengenal pasti bahasa. Piawai ini memperluas kod alfa-3 ISO 639-2 demi meliputi semua bahasa sejadi yang diketahui. ISO 639-3 diterbitkan pada 5 Februari 2007 [1] dan bertujuan untuk pelbagai penggunaan, khususnya sistem komputer yang mendokong banyak bahasa. Ia memberikan hitungan bahasa dengan seberapa lengkap yang mungkin, baik bahasa moden mahupun bahasa pupus, bahasa kuno atau bahasa binaan, bahasa utama atau bahasa minor, serta bahasa tulisan mahupun yang bukan.[1] Bagaimanapun, ISO 639-3 tidak merangkumi bahasa binaan semula seperti bahasa Proto-Indo-Eropah.[2]

ISO 639-3 ialah superset kepada ISO 639-1 dan bahasa-bahasa individu dalam piawai ISO 639-2. ISO 639-[2][1]1 dan ISO 639-2 menumpukan bahasa utama yang dilambangkan oleh seluruh kepustakaan dunia. Oleh sebab ISO 639-2 juga merangkumi kumpulan bahasa tetapi Bahagian 3 tidak, namun ISO 639-3 bukannya superset kepada ISO 639-2. Jika kod B dan T wujud dalam ISO 639-2, piawai ISO 639-3 akan menggunakan kod T. Contoh:

Bahasa 639-1 639-2 (B/T) Jenis 639-3
Inggeris en eng individu eng
Jerman de ger/deu individu deu
Arab ar ara makro ara: arb + banyak lagi
Minnan individu nan

Piawai ISO 639-3 mengandungi 7,589 masukan.[3] Masukannya berasal daripada pelbagai sumber, termasuk:

  • bahasa-bahasa individu yang terkandung dalam piawai ISO 639-2;
  • bahasa-bahasa moden daripada edisi ke-15 Ethnologue;
  • bahasa kuno dan kelainan bersejarah;
  • bahasa buatan daripada Senarai LINGUIST yang dicipta oleh Anthony Aristar; dan
  • bahasa-bahasa yang disyorkan oleh orang awam pada tempoh pengulasan yang ditetapkan.

Peralihan daripada ISO 639-1 boleh dilakukan melalui Senarai kod ISO 639-1.

  1. ^ a b c d ISO 639-3 status and abstract (iso.org)
  2. ^ a b "Types of individual languages - Ancient languages (sil.org)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-26. Dicapai pada 2009-09-20.
  3. ^ "ISO 639-3 Code Set". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-24. Dicapai pada 2009-09-20.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne