Karya William Shakespeare

Arca Shakespeare di Leicester Square, London.

William Shakespeare (4 Mei 15643 Mei 1616 mengikut takwim Gregory) ialah seorang penulis bahasa Inggeris yang teragung, pengarang kesusasteraan Barat yang amat terkenal serta penulis drama yang terkemuka di dunia.

Shakespeare merupakan salah satu daripada cuma beberapa penulis drama yang mahir dalam kedua-dua genre, iaitu drama tragedi dan komedi. Dramanya menggabungkan daya penarik popular dengan pembawaan watak yang kompleks, ketersergaman yang indah, dan falsafah yang mendalam.

Shakespeare mengarang 38 drama, termasuk beberapa drama kecil yang mungkin dikarang bersama orang lain, serta 154 puisi soneta dan tiga atau empat puisi panjang. Beliau dipercayai menghasilkan kebanyakan daripada karyanya antara 1586 dan 1616. Zaman Pembaharuan British sering kali dikenali sebagai "Tempoh Shakespeare".

Karya Shakespeare kini diterjemahkan dalam setiap bahasa utama, dan dramanya masih dipersembahkan di seluruh dunia. Tambahan pula, petikan daripada dramanya telah menjadi penggunaan harian dalam banyak bahasa. Kepopularan Shakespeare masih belum merosot, seperti yang dapat diperlihatkan daripada pemilihan beliau sebagai salah satu daripada sepuluh tokoh yang teratas dalam tinjauan "100 Tokoh British Terunggul" yang ditajakan oleh BBC baru-baru ini.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne