Maklumat

Maklumat (Jawi: معلومة serapan bahasa Arab terbitan kata kerja عَلِمَ `alima "mengetahui" seakar "ilmu", "ulama" dan "alamat"[1]) atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 255. ISBN 967-65-7321-3.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne