Maulidur Rasul

Maulidur Rasul
Maulud Nabi Muhammad SAW
مولد الرسول
مولود نبي محمد ﷺ
Juga dikenali sebagai
Eid al-Mawlid an-Nabawī (المولد النبوي), Maulid, Maulud Nabi Muhammad SAW[1]
Diraikan oleh/di
Pengikut Ahli Sunah Waljamaah, Syiah dan cabang dan mazhab Islam yang lain kecuali sedikit (Wahabi/Salafi dll.)
JenisIslam
KepentinganUlang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW
Upacaraberpuasa, perarakan awam, nyanyian keagamaan, perjumpaan keluarga dan masyarakat, perhiasan jalan dan rumah
Tarikh12 Rabiulawal
KekerapanTahunan qamari (setiap 12 bulan qamari)

Maulidur Rasul (Jawi: مولد الرسول) atau Maulud Nabi Muhammad SAW (مولود نبي محمد ﷺ) ialah hari keputeraan Nabi Muhammad, nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal (bulan ketiga) dalam takwim Hijrah, atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Sejarah Maulidur Rasul bermula sejak zaman awal Islam, ketika sebilangan tabi'in mula mengadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah.[2] Penguasa Islam pertama yang diduga menyambut Maulidur Rasul secara rasmi ialah Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M).[3] Pihak Uthmaniyah mengisytiharnya sebagai sambutan rasmi pada 1588,[4] dikenali sebagai Mevlid Kandil.[5]

Penyertaan dalam perayaan ini umumnya dipandang sebagai ekspresi rasa keimanan dan kebangkitan keagamaan bagi para penganutnya.[6] Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sebahagian besar warga Islam mengiktiraf sambutan Maulidur Rasul;[7][8] tetapi, dengan perkembangan aliran konservatif seperti Wahabi-Salaf (Timur Tengah), Deobandi dan Ahl-i Hadith (Asia Selatan),[9] sambutan Maulidur Rasul mula mendapat penentangan kerana disifatkan sebagai bidaah. Maulidur Rasul diiktiraf sebagai hari cuti di kebanyakan negara Islam, dengan Arab Saudi dan Qatar terkecuali. Beberapa negara bukan Islam dengan populasi Muslim ketara seperti India juga mengiktirafnya sebagai hari cuti.[10]

  1. ^ "Mawlid in Africa". Muhammad (pbuh) – Prophet of Islam. Dicapai pada 2016-02-2. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "Mawlid an-Nabi: Celebrating Prophet Muhammad's (s) Birthday". The Islamic Supreme Council of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 November 2018.
  3. ^ İbrahim Kafesoğlu (1994). Erdoğan Merçil; Hidayet Yavuz Nuhoğlu; dll. (penyunting). A Short History of Turkish-Islamic States (excluding the Ottoman State). Diterjemahkan oleh Ahmet Edip Uysal. Turkish Historical Society Printing House. m/s. 184. ISBN 9789751605719.
  4. ^ Shoup, John A. (1 Januari 2007). Culture and Customs of Jordan (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Publishing Group. m/s. 35. ISBN 9780313336713.
  5. ^ Manuel Franzmann, Christel Gärtner, Nicole Köck Religiosität in der säkularisierten Welt: Theoretische und empirische Beiträge zur Säkularisierungsdebatte in der Religionssoziologie Springer-Verlag 2009 ISBN 978-3-531-90213-5 m/s 351
  6. ^ Saudi Islam Politics
  7. ^ Schussman, Aviva (1998). "The Legitimacy and Nature of Mawid al-Nabī: (analysis of a Fatwā)". Islamic Law and Society. 5 (2): 214–234. doi:10.1163/1568519982599535.
  8. ^ McDowell, Michael; Brown, Nathan Robert (3 Mac 2009). World Religions at Your Fingertips (dalam bahasa Inggeris). Penguin. m/s. 106. ISBN 9781101014691.
  9. ^ Observing Islam in Spain: Contemporary Politics and Social Dynamics BRILL, 09.05.2018 ISBN 9789004364998 m/s. 101
  10. ^ "Milad un-Nabi/Id-e-Milad in India". www.timeanddate.com.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne