Nusantara

Kawasan Nusantara mengikut pemahaman di Malaysia; yang juga disebutkan "kepulauan Melayu".

Nusantara (Jawi: نوسانتارا, Hanacaraka: ꦤꦸꦱꦤ꧀ꦠꦫ) adalah istilah bahasa Kawi wujud pada zaman Majapahit diperintah panglima Gajah Mada merujuk kepada gugusan pulau mengelilingi pulau Jawa di lautan Asia Tenggara yang menjadi pusat kerajaan tersebut zaman itu. Hal ini dicatat dalam dokumen kontemporari seperti Pararaton dan Nagarakretagama.[1] Konsep Nusantara sebagai wilayah bersatu tidak diciptakan oleh Gajah Mada pada tahun 1336. Istilah Nusantara pertama kali digunakan oleh Kertanegara dari Singhasari dalam prasasti Mula Malurung bertarikh 1255.[2]

Panggilan ini mempunyai takrifan berbeza mengikut kefahaman negara-negara moden sinambungan kerajaan purba ini. Indonesia mengaitkan nama Nusantara dengan seluruh wilayah pulau dirangkumkan dalam kedaulatan republik itu sahaja,[3][4][5][6][7] hal ini tercermin dalam erti diberikan Kamus Besar Bahasa Indonesia[8] serta dikukuhkan seberapa cendekiawan dalam negara disebut.[4] Walau bagaimanapun, sumber dari negara-negara berjiranan (misalnya Kamus Dewan Malaysia) pula mentakrifkan Nusantara sebagai "kepulauan" atau gugusan pulau-pulau Melayu,[9][4] lebih lanjut lagi tanah dipengaruhi budaya dan bahasa diamalkan orang Melayu termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Taiwan, kecuali Papua New Guinea;[10] hal ini disokong beberapa penulisan akademik Barat pada abad ke-20.[11]

  1. ^ Mpu, Prapañca; Robson, Stuart O. (1995). Deśawarṇana: (Nāgarakṛtāgama). KITLV. ISBN 978-90-6718-094-8.
  2. ^ "Kertanagara dan Nusantara". Historia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-01-19.
  3. ^ Echols, John M.; Shadily, Hassan (1989), Kamus Indonesia Inggris (An Indonesian-English Dictionary) (ed. 1st), Jakarta: Gramedia, ISBN 979-403-756-7
  4. ^ a b c Hafizah Iszahanid (11 Oktober 2018). "Istilah Nusantara diguna tanpa semangat penyatuan Melayu". Berita Harian. Konsep Nusantara dalam pemahaman warga Indonesia sangat berbeza dengan apa yang difahami rakyat Malaysia, bahkan hampir kesemua negara lain di Asia Tenggara termasuk Singapura...ketika kebanyakan penduduk Asia Tenggara merujuk Nusantara kepada wilayah Kepulauan Melayu atau negara di Asia Tenggara, penduduk Indonesia sebaliknya berpendapat Nusantara adalah Indonesia semata-mata.
  5. ^ Bowring, Philip (2018). Empire of the Winds: the Global Role of Asia's Great Archipelago (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury. m/s. 3. 'Nusantara' in Malay today has narrower meaning: 'archipelago', specifically the 'Indonesian archipelago'.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Avé
  7. ^ Rais, Mohamed Amien; Ng, Taryn; Irwan, Omar; Najib, Muhammad (2004). Putra Nusantara: Son of the Indonesian Archipelago [Putra Nusantara: Putra Kepulauan Indonesia] (dalam bahasa Inggeris). Singapore: Stamford Press. ISBN 9810499078.
  8. ^ "Nusantara". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
  9. ^ "Nusantara". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  10. ^ Evers, Hans-Dieter (2016). "Nusantara: History of a Concept". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 89 (1): 3–14. doi:10.1353/ras.2016.0004. S2CID 163375995.
  11. ^ Mohd. Zariat Abdul Rani (2005). "Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu: Beberapa catatan pengkaji barat". SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 23: 67–82. ISSN 0127-2721. Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah perbezaan istilah yang digunakan mereka bagi merujuk daerah yang mereka perkatakan. N. J. Krom (seterusnya Krom), misalnya, menggunakan istilah ‘Nusantara’, manakala Bernard H. M. Vlekke (seterusnya Vlekke) dan J.C. Van Leur (Van Leur) menamakan daerah kajian mereka sebagai “Indonesia”. Meskipun terdapat perbezaan dari segi istilah, namun setelah diteliti adalah didapati cakupan perbincangan mereka rata-rata merujuk kepada daerah yang sama, iaitu daerah yang disebut oleh Al-Attas dalam syarahan pengukuhan beliau yang bertajuk Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972) sebagai “Kepulauan Melayu-Indonesia”. line feed character in |quote= at position 150 (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne