Orang Kristang

Orang Kristang
Jenti Kristang
Sekumpulan orang Kristang menari di Melaka, Malaysia.
Jumlah penduduk
37,000[1]
Kawasan ramai penduduk
Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Singapura
Bahasa
bahasa Kristang, bahasa Inggeris, bahasa Melayu
Agama
umumnya Kristian aliran Katolik, Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Eurasia, Diaspora Portugis, Bumiputera

Papia Kristang ialah bangsa Serani iaitu hasil kacukan masyarakat Belanda dan Portugis yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Seperti masyarakat Baba Nyonya, masyarakat papia kristang masih lagi wujud di Melaka dan Pulau Pinang. Nama-nama yang terkenal untuk kaum serani atau papia kristang adalah seperti Tony Fernandes pemilik AirAsia, Jeremy Monteiro seorang pemuzik yang terkenal, Elaine Daly, Hans Isaac, Cheryl Samad, dan Pierre Andre.

Kristang merupakan etnik kacukan ("creole") campuran keturunan orang Portugis dan Melayu, sungguhpun terdapat campuran Cina, India dan leluhur lain disebabkan perkahwinan campur yang biasa di kalangan Kristang, yang timbul di Melaka (Malaysia) antara abad ke-16 dan ke-17. Sesetengah mereka bertutur dalam bahasa Kristang, sejenis bahasa creole yang berasaskan bahasa Portugis. Salah faham biasa ialah bahasa Kristang merupakan campuran Portugis dan bahasa Melayu, tetapi sebenarnya bahasa Melayu menyerap sebahagian perkataan Kristang. Sebagai contoh, "Garfu" ialah perkataan Kristang, dan juga "Almari".

Masyarakat Kristang dipercayai bermula sebahagiannya daripada hubungan dan perkahwinan antara wanita tempatan dan lelaki Portugis (pelaut, askar, pedagang, dll.) yang datang ke Melaka semasa zaman penjelajahan Portugis.

Nama ini datangnya daripada creaole Portugis kristang ("Kristian"), ia sendiri daripada bahasa Portugis cristão. Sinonim lain bagi masyarakat Portugis ialah Serani (ringkasan bagi "Nasrani", yang bererti pengikut Jesus dari Nazarene); dan "Gragok" (istilah kreol bagi "Geragau" atau udang, merujuk kepada fakta bahawa keturunan Portugis Melaka secara tradisi merupakan nelayan udang). Masyarakat mereka sendiri mengelar diri mereka sebagai Gente Kristang ("Orang Kristian").

Orang Kristang bertutur Bahasa Kristang yang asal usulnya daripada Bahasa Portugis lama dan bercampur dengan Bahasa Baba serta Bahasa Melayu.

  1. ^ "People, Culture & Politics".

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne