Orang Melayu Brunei

Orang Brunei (اورڠ ملايو بروني)
Brunei
Pengantin Melayu Brunei semasa majlis pra-perkahwinan Malam Bebedak. Tradisi Malam Bebedak adalah unik kepada Daerah Brunei-Muara.
Jumlah penduduk
s. 330,000[1] (anggaran 1999)
Kawasan ramai penduduk
 Brunei
(Seluruh negara Brunei)
 Malaysia
Sarawak (Miri, Lawas dan Limbang)
Sabah (Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kota Kinabalu)
Labuan
Bahasa
Melayu Brunei dan Melayu Baku (dialek Sabah dan dialek Sarawak)
Agama
Kebanyakannya
Sunni Islam (Mazhab Syafii)
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu lain, Lun Bawang/Lundayeh, Kedayan

Orang Melayu Brunei[nota 1] (Jawi: اورڠ ملايو بروني) adalah sub-etnik atau suku orang Melayu yang menetap di seluruh negara Brunei dan di kawasan pantai barat selatan wilayah Sabah, seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dan sebelah utara wilayah Sarawak.[2][3] Orang Melayu Brunei adalah subkumpulan daripada populasi etnik Melayu yang lebih besar yang terdapat di bahagian lain Alam Melayu, iaitu Semenanjung Melayu dan kawasan tengah dan selatan negeri Sarawak termasuk tanah jiran seperti Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand, mempunyai perbezaan yang ketara terutamanya dalam bahasa dan budaya, walaupun mereka mempunyai pertalian etnik antara satu sama lain dan menganuti ajaran Islam. Semua orang Melayu Brunei yang lahir atau bermastautin di Malaysia Timur walaupun turun-temurun sebelum atau selepas kemerdekaan negeri Sabah dan Sarawak daripada Empayar British melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963 juga dianggap sebagai Melayu Malaysia dalam bancian negara dan berada dalam status yang sama seperti orang Melayu Malaysia yang bermastautin di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan bahagian tengah dan selatan Sarawak. Mereka juga ditakrifkan sebagai sebahagian daripada klasifikasi kaum Bumiputera bersama-sama sebagai subkumpulan dalam populasi etnik Melayu Malaysia bersama-sama dengan Kadazan-Dusun, Orang Ulu, Iban, Portugis Melaka, Murut, Orang Sungai, Bajau, Suluk dan Siam Malaysia.

  1. ^ Adrian Clynes. "Occasional Papers in Language Studies, Department of English Language and Applied Linguistics, Universiti Brunei Darussalam, Volume 7 (2001), pp. 11-43. (Brunei Malay: An Overview1)" (PDF). Universiti Brunei Darussalam. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Oktober 2013. Dicapai pada 21 Ogos 2013.
  2. ^ "The Malay of Malaysia". Bethany World Prayer Center. 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2012. Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  3. ^ "The Diaspora Malay". Bethany World Prayer Center. 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2012. Dicapai pada 23 August 2013.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne