Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو
Nama bahasa Cina砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng
Nama bahasa InggerisUnited Bumiputera Heritage Party
SingkatanPBB
PresidenAbang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg
PengerusiMohamad Asfia Awang Nassar
Setiausaha agungAlexander Nanta Linggi
JurucakapHaji Idris Buang
Timbalan PresidenDouglas Uggah Embas
Awang Tengah Ali Hassan
Naib PresidenDato’ Seri Fadillah Yusof
Datuk Dr. Stephen Rundi Utom
Dato Sri Julaihi Narawi
Gerawat Gala
Gerald Rentap Jabu
Abdul Karim Rahman Hamzah
Dr. Annuar Rapaee
Abdul Rahman Junaidi
Ketua WanitaFatimah Abdullah
BendahariDatuk Amar Abdul Hamed Bin Haji Sepawi
PengasasJugah anak Barieng
Ditubuhkan5 Januari 1973
(Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA)
Disahkan30 April 1973
GabunganParti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3
Ibu pejabatKuching, Sarawak
AkhbarJiwa Bakti
Sayap beliaPergerakan Pemuda PBB
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBB
Keanggotaan452,280 (Ogos 2023)
IdeologiNasionalisme Sarawak
Patriotisme
Marhaenisme
Hak Bumiputera Sarawak
Membanteras rasuah
Membanteras budaya politik wang
Membanteras jenayah
Rakyat berbilang kaum
Membasmi kemiskinan
Kuasa politik rakyat
Demokrasi sosial negeri
Perjuangan hak MA63
Hak ekonomi Sarawak
Sekularisme negeri
Hak politik orang muda
Hak golongan wanita
Hak kebajikan rakyat
Kedudukan politikTengah ke kanan
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (1973–2018), (2020–2022)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (masih aktif)
Warna     Kuning, merah, putih dan hitam
SloganBerkorban Bersatu
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Berjihadlah
Bersatu untuk Rakyat Malaysia
Lagu partiMarch PBB (PBB March; Official anthem)
Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement)
Dewan Negara:
2 / 70
Dewan Rakyat:
14 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
47 / 82
Laman sesawang
pbb.org.my
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak.
2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu.
2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh.


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan parti politik Bumiputera yang berfahaman kanan dan bersifat pro kerajaan, serta juga merupakan parti politik terbesar di Sarawak. Parti politik ini merupakan salah satu daripada parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara SUPP, PRS, dan PDP sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).[1][2]

Percantuman tiga parti politik tempatan ini adalah selaras dengan tujuh matlamat utamanya, iaitu:

  • Meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat Bumiputera Sarawak.
  • Menggalakkan masyarakat dari semua kaum untuk menceburi apa-apa bidang termasuk politik, sosial, budaya, dan sukan.
  • Memperkasakan seni, budaya, dan warisan masyarakat dari pelbagai kaum di Sarawak.
  • Mengutamakan kebajikan seluruh rakyat Sarawak, melalui pelaksanaan bantuan-bantuan kerajaan Sarawak dan bantuan-bantuan kerajaan persekutuan.
  • Mengutamakan hak-hak golongan belia dan golongan wanita di Sarawak.
  • Memperjuangkan semua hak-hak Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Menjamin kedamaian, kesejahteraan, dan keharmonian semua kaum dan semua agama di Sarawak.
  1. ^ "Oops, PBB exclusively for Bumiputera, by Stanley Bye Kadam Kiai, 1 March 2010, Sarawak Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-04-22.
  2. ^ Unity in diversity, New Straits Times, Mar 26, 2005

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne